hari ini di parlimen

menteri angkat menteri, encik tak boleh tah an, pada hari ini telah mengulaskan bahawa penal kod tiga tiga tuju A akan tetap dijalankan di singa pura pura memandangkan imej negara ini mungkin dicemari. beliau menyatakan bahawasanya jikalau pemerintah tidak menjalankan lagi kod tiga tiga tuju, singa pura pura mungkin akan menghadapi tekanan ekonomi yang lebih buruk kerana ramai lelaki tidak akan kawin dan terus asik nak main dengan kaum sejenis dan sewaktu dengannya. beliau menekankan lagi bahawasanya tindakkan untuk meneruskan rang undang ini adalah untuk kebaikkan moral entiti untuk semua rakyat. beliau runsing jikalau undang ini tidak dijalankan lagi ramai mat rempit tidak akan beli dan repair motor tetapi lebih cenderong memasukki bidang makcik makcik seperti bidang mak andam dan mungkin akan meruntuhkan bisnes fatema mohsin.

kejatuhan undang ini juga boleh meranapkan sesi parlimen kerana beliau takut pabila sesi berlangsung, para menteri lelaki mungkin main mata dengan para menteri lain dan ini akan merosakkan lagi kekuatan sesi parlimen walaupun seringkali orang ramai menyaksikkan para ahli parlimen seperti duduk makan angin ataupun muka macam nak tidur.

tetapi encik tak boleh tahan juga ingin berterima kasih kepada rakyat jelata kerana menyuarakan pandangan mereka. ini, jelasnya, menunjukkan bahawasanya, parlimen tidak usah berbicarakan lagi akan kes-kes seperti penabungan cpf yang berkurangan, harga tambang pengangkutan awam yang telah dinaikkan lagi walaupun dapat keuntungan besar setiap tahun, apakah hubungan bisnes dengan myanmar dengan singa pura pura sehingga mencapai peruntukkan sehingga $1 billion dan mengapa sembcorp boleh hilang duit sehingga lebih daripada $ 100 juta walaupun dari pengetahuan awam barangkali kebanyakkan duit yang diagihkan kepada sembcorp adalah hasil duit rakyatnya sendiri. sambil tersenyum, beliau berterima kasih sekali lagi kes debat undang tiga tiga tuju kerana tidak perlu menerangkan akan kes kes tersebut.

encik tak boleh tahan bertegas walaupun rang undang tiga tiga tuju tidak akan dimansuhkan, perkara lain boleh tetap diteruskan. mengulas kepada keprihatinan encik me lan cap, encik tak boleh tahan berkata mereka yang ingin main d.i.y. boleh diteruskan kerana seringkali perbuatan begitu tidak melibatkan orang lain ataupun memusnahkan industri makcik makcik mak andam. beliau mengulaskan lagi jika perbuatan itu disalahkan dari segi undang singa pura pura, industri perbuatan tisu mungkin hanyut sama sekali.

encik tak boleh tahan juga menerangkan walaupun peraturan tiga tiga tuju masih diadakan lagi, ia hanya ditujukan kepada kaum lelaki sahaja. beliau berkata kaum wanita yang meminati kaum sejenisnya harus diteruskan kerana aksi mereka masih disukai ramai seperti susu lemak manis dutch lady. ia juga tidak termasuk kes bawak balik patung macam manusia kerana filem lars and the real girl adalah salah satu filem terbaik pada tahun ini.

parlimen juga membentangkan rang undang seksen empat sembilan tiga. seksen ini dijalankan untuk membasmikan fikiran otak kotor pakcik pakcik yang suka gi batam ataupun yang suka main dengan kanak kanak. tetapi beliau menekankan walaupun rang undang itu akan dijalankan, filem pleasure factory yang mengisahkan unsur unsur main akan tetap ditunjukkan kepada orang ramai kerana mediacork dah terbitkannya.

sebelum encik tak boleh tahan mengakhiri ulasan, beliau menyatakan kebahagian yang teramat sangat dengan laporan bahawa rancangan ‘live the dream’ akan berakhir pada malam ini. beliau tidak sanggup melihat aksi peserta peserta dengan posing posing mereka yang sungguh tangkap glam eksen hamsen. beliau menyarankan mediacork tidak terbitkan lagi rancangan seperti ini kerana beliau tidak sanggup lagi menyaksikan kemeluatan yang amat sangat.

parlimen akan meneruskan sesi mengapa rancangan terbitan eagle vision memang tak ada vision eagle eye langsung pada esok hari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s