MaphilindoThaiChinDiaVietWanGreekCamfrica

membaca ulasan dari lelaman encik alex au aka yawning bread mengenai sejarah “melayu” membuatkan sarip terpinga terpinga. jadi, mungkin, barangkali, memang benar jikalau sesiapa itu berteriak yang beliau bukan “melayu” tetapi satu setengah arab, tiga suku bugis, kosong perpuluhan lima peratus cina dan yang selebihnya void deck.

jadi begini sarip hendak dikategorikan sebagaimana? kerana sebelah bapak dia orang arab dari yemen yang kawin dengan orang bugis lepas tuh entah bagaimana boleh didalamkan dengan kaum baba dan ibunya pula adalah keturunan dari kaum banjar yang asal usulnya dari kumpulan dayak yang datang dari kaum puak dari taiwan yang kebetulan sama suku kaum dengan “penyanyi” sensasi a*mei? how like that?

“what your race sir?”
“i don’t know. maybe just put arab plus a*mei kind.”

jadi, adakah nama “melayu” hanya dikategorikan kerana untuk ulasan politik sahaja? seperti yang dimaklumkan oleh encik au sendiri:-

…this article contests the way the term “Malay” tends to be used. I think he’s basically saying that it’s being used for political purposes, and as such, is often riddled by inconsistencies…ultimately, this piece isn’t about the history of Malays, but is better categorised as part of Malaysian political debate. It questions the claims to historical legitimacy by various actors…

jikalau kita ulangkaji kembali mungkin ada pada satu hari pengiktirafan untuk meletak nama melayu dijalankan sahaja untuk meringankan beban poltikisima. mungkin betul, mungkin tidak. tapi, siapakah yang harus disalahkan? orang british pabila mereka menjajah tanah ini? para ahli politik pada tahun 1960an? internet yang bikinkan orang makin pening pasal sejarah? ataupun orang kita sendiri yang macam tak kuasa kot nak bentangkan sejarah sendiri jadi nama bumiputera tidak senang wenang boleh diturunkan jadi pada suatu hari mereka boleh berbangga pada diri sendiri boleh bayar 30 juta untuk hantar satu mat pergi melancong ke angkasa untuk membuat eksperiment pasal teh tarik?

ok, ok skarang jikalau kamu bermati-matian berlaksmana yang kamu bukan “melayu” tapi sudah mendapat pengajian percuma sarip akan tunduk kepala. pasal, sekurang kurangnya benar pandangan kamu. cuma apa sarip yang tidak boleh angkat jikalau slang kamu tuh ada tweak sikit macam mat salleh terpelecok dan nama ada sikit gubahan ikut edaran masakini.

One thought on “MaphilindoThaiChinDiaVietWanGreekCamfrica

  1. Hi Sarip. Very interesting thoughts on MELAYU. hehehe i myself campur aduk like nobody’s business! heheheh.

    I have heard from a few academics about what is the definition of a true malay race. They always say hard to pin point. more like rojak!🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s