berita hangat urtv edisi 35467859

 

 Posted by Picasa

ketiak rupanya yang diidamkan. mungkin slogan datuk k itu sebenarnya bukan khalid, tetapi ah tau menahu lah eh.

tapi mak datuk, ini berita sampai lebih penting dari krisis timur tengah sama malapetaka tsunami di indonesia sampai dia nya headliner.

“ISRAEL SERANG LAGI BOSS! HARUSKAH KITA PAMERKAN BERITA INI SEBAGAI BERITA UTAMA?”

“oh tidak, jangan hiraukan cerita kisah lampau itu. apa gunanya tak, walaupun kita adalah naskhah utama dan tunggal, kita diingatkan selalu bahawa kita tidak boleh kisahkan berita yang boleh mempamerkan kesokongan kita kepada umat kita sendiri atas dasar-dasar satu kambing di kambingpura ini…”

“jadi apa kita patut kita letak boss?”

“ko panggil si saodah tuh suruh bikin pasal kes ketiak tuh.”

ok dah itu ajer.

berita harian, berita hairan….

ah ada lagi satu kes. yey! ni lagi pasal berita hairan tuh. cerita ni dah lama, tapi takper. time piala dunia yang lalu tuh, diaorang ada laporkan ni cerita pasal pemain bola sepak yang berugama islam. antaranya dia letak itu zidane, riberry, cisse, van persie dan bouhlamrouz. apa dia cakap? “ah kita patut perhatikan pemain2 ini sebagai inspirasi” dengan alasan mereka berugama islam. eh berita harian nih. mentang2 diaorang dari negara omputih, kita kena tengok diaorang sebagai inspirasi? insspirasi pasal apa beb? kita sendiri tau yang si zidane tak mengamalkannya, cisse bikin kawin dia kat gereja, van persie time sebelum piala dunia kena disoal siasat pasal kes rogol, ah macam macam lagi lah. kalau bh “merekomendasikan” yang pemain2 berikut adalah kes contoh untuk kita semua, tidakkah ini kisah kes talam dua muka?

apasal tidak. selalukan kita baca kat diaorang nye akhbar slalu mengkritikan kes kes pemuda kita yang *rosak akhlaknya*. kes kupu kupu seks dalam kereta, kes muda mudi joli joli, kes penagih dadah. slalu kan kita baca ni semua? pada pendapat saya, kes ni semua dah jelak dibaca sehinggakan naik meluat membaca reaksi laporan ini semua. bukan meluat akan kes kes itu, tetapi kepada wartawan-wartawan di akhbar itu kerana sering melaporkan cerita berikut atas dasar dasar sensasi dan popular.

dan kini bila mereka dapat tahu yang pemain bolasepak di piala dunia adalah umat islam, mereka sanjungkan pemain pemain yang disebutkan begini dengan satu laporan besar besaran. apa ini? saya bayangkan jikalau ada satu mat yang menjadi pemain berkualiti di arena antarabangsa, jikalau beliau mempunyai *akhlak yang rendah* pasti beliau akan dikutuk oleh kebanyakkan masyarakat disini. tetapi, jikalau zidane menjaringkan gol walaupun lepas beliau sendiri mendedahkan bahawa beliau tidak mengamalkannya, mesti ada mereka yang akan cakap “eh dia islam tau! wow!”.

macam kelakarkan pujian diberi kepada owang putih? apa yang saya tak happy ni ialah pabila nama nama terkenal ni dilaporkan sebagai penganut islam kita sanjungkan mereka walaupun kita sedari yang mereka tidak mengamalkannya. tetapi pabila mat dan minah kita sendiri jikalau membuat nama dia arena antarabangsa, mereka akan dikritik jikalau tidak mempamerkan akhlak yang diingini. dah macam tep rosak plak gua.

4 thoughts on “berita hangat urtv edisi 35467859

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s