hari macam macam

wow. hari yang sungguh ‘macam macam’.

1. suaynami tetap mendapat perhatian utama. hingga kini i masih terpinga-pinga pasal ni trajedi kerna ia berlaku di mana tempat i sama member2 pigi dahulu. tapikan, disebalik laporan2 pasal ni citer, ada kesebalikkan balasannya. ada sesetengah kumpulan yang bersuara, “ah ni lah balasannya!” pabila menunjukkan arah kepada patong beach. diaorang cakap ah itu tempat tempat tak bagus, tu pasal kena balasannya. erm, hello? ada theori ke macamni? sumer tempat yang malapetaka ni terjadi pasal ada balasannya? apa balasannya yang terjadi kat bam, iran tahun lalu? masyarakat slalu dengan senang wenangnya tunjukkan malapetaka begini sebagai balasan darinya kerna menjalankan kehidupan yang tidak betul. oh puhleease, enough you all! kalau dah terjadi tuh dah terjadi, takde guna tunjuk sana sini pasal balasan. you all sumer not that pious ok? termasuk sayalah.

lepas tuh ada satu artikel yang menarik di ST yang ditulis oleh michael vatikiottis pada hari ini. dia menulis betapa anehnya masyarakat umum bertindak dengan presepsi yang tiada bandingannya pabila sesuatu trajedi berlaku. artikel itu menyebarkan banyak pemerintah di serata dunia yang bersikap huru hara segenap pabila perkara begini berlaku walaupun ia boleh dielakkan dari dahulu lagi. contohnya, pabila Perang Dingin berakhir pada awal 90-an, berbagai kumpulan telah berancang ataupun telah membuat projek untuk membantu dan menolong negeri yang sering dilandai bencana alam sepergini seperti di bangladesh dimana ribuan penduduk sering mengalami kesusahan pabila dilanda banjir. tetapi sekarang, pemerintah di sana sini tidak mengambil entah akan perkara begini kerana lebih tekun membicarakan tindakkan pengganas yang seringkali diungkap dengan setelitinya. pabila perang di iraq dimansuhkan, beribu-ribu askar dikerahkan dalam segenap mata, tetapi pabila bencana begini berlaku, sering kami lihat tindakkannya begituh sahaja. dermaan berjuta dolar? apa gunannya duit (itu pun hanya 8-10 juta berbandingkan dengan beratus juta diagihkan kepada peperangan), jikalau tidak ramai askar kerahan yang berada di tempat trajedi untuk membersihkan, membangunkan dan mematuhkan di tempat bencana alam sepergini. hanya dengan kekuatan militri dapat meringankan beban di masa yang kini. seperti yang dituliskan oleh encik vatikiotis,

“We tend to shrug off these potentially grave disasters and concentrate on seeking out the fanatics in our midst – to the point of being zelous and intolerrant as the fanatics themselves…what a shame then that the world’s greatest superpower is focussed on protecting its soldiers from muslim fanatics whose anger is in turn fuelled by the war on terror that has become the pinnacle of american foreign policy..”

pada pilihanraya amerika 2000, encik al gore sering mengingatkan rakyat tentang keadaan alam dunia yang makin membimbangkan, tetapi dunia tidak mendengar. dalam taklimat ucapannya, beliau ingin mendapatkan keputusan kongres untuk menjaminkan ‘Bill’ nye untuk dijalankan, tetapi sayang tiada yang memansuhkannya.

2. salah satu rakan saya telah berbicara dengan saya bahawa beliau tidak mahu lagi bekerja dalam bidang IT. alasannya ialah beliau tidak boleh tahan lagi dengan arena IT terutama skali pabila undang copyright baru akan dijalankan pada 1 januari 2005. saya pun mendengarlah kerisaun dia.

“adake patut kalau orang lain install tuh barang tanpa pengetahuan aku, aku ni bleh liable?! mana adil beb!” dia mengeluh. saya paham akan kerisauannya. memang tidak patut jikalau syarikat software menggembur-gemburkan kesalahan itu dengan alasan tidak mematuhi arahan. it all boils down to how much money u can make, right? saya masih tidak memahami apakah alasannya untuk menyaman, ataupun lebih teruk, memasukki penjara jikalau disabit kesalahan. tetapi bagaimana mereka hendak menunjukkan bukti jikalau perkara ini melibatkan kesemua orang tetapi hanya satu orang sahaja yang menjaga segala entiti? bukan senang untuk menyarankan kesemua orang untuk mematuhi undang undang. dan yang teruknya, perbuatan khianta seseorang boleh menjatuhkan martabat orang yang menjaga keaslian entiti syarikat. jikalau begini bolehkah saya menyaman seseorang $20,000 jikalau mereka memtong jalan/berlari mencari duduk di mrt/tidak memberi layanan baik di tempat2 komersial dan sebaginya dengan alasan mereka tidak mematuhi undang2 etika?

3. saya pergi menonton ocean’s 12 pada malam yang sebelumnya. dan ulas kata saya terhadap citer itu ialah, “saya tak suka.” putar belit dia sungguh memeningkan, seperti sutradara sodenbergh tiada jalan untuk memperbaiki filem sebelum ini, ocean’s 11. 11 mempunyai daya tarikannya dimana perancangan teliti telah diterangkan, dan disini dimana 12 membuat kesilapan. ia cuba membaikki caranya, tetapi akhirnya, perancangannye adalah sungguh lemau. dan, ia sering membuat penonton membuat ketawa 2 minit dengan alasan untuk memperbaikki skrip dan rancangan yang kabur.

dah tu ajer.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s