utusan buruk hati

saya berharap inilah utusan terakhir saya mengenai citer ombak nih.

alangkah ironisnyer dalam kejadian begini, berbagai peluang telah dirangkul.

1. dalam ulasan berita di tv3, ada laporan mengenai satu syarikat yang membuat kelui gelombang yang boleh memberi berbagai bagai respondan (agaknyer lah tuh) tentang keadaan cuaca. hari ni jugak diaorang buat sidang akhbar, hari ini jugak letak syarikat kat pasaran, hari ni jugak harga saham syarikat tuh naik sampai naiknyer, hari ni jugak diaorang ada peluang buat lebih duit. nice gong at the ceremony though. doh.

2. derma baju. baju macam macam. dermalah banyak banyak baju. longgok sumer dalam plastik bag dan buat itu beg jadi bulat bulat sampai besar besar. lepas tuh lempar itu plastik beg ke atas lagi banyak banyak lagi plastik beg yang besar besar dan bulat bulat. lepas tuh dapat diwawancara. lepas tuh bila diwawancara senyum senyum happy happy, ada bikin muka stern stern macam serius, ada yang macam nak pegi berjuang untuk dunia. bagilah baju. *singaporeans bought too many clothes, me thinks. *

tapi saya rasa, mendapat banyak banyak banyak baju pada masa ini adalah perkara yang terakhir dalam permintaan mereka. it’s asia, with tropical weather btw.

3. ulasan berita kat tv dan akhbar tidak habis, habis dan habis dilaporkan. inilah tugasnyer pabila khidmat infomasi perlu diberikan. walaubagaimanapun, saya ada rasa sikit persepsi bahawa pihak media macam ada sikit tingling sensation pabila jumlah mangsa makin meningkat. betul lah tuh, perkara begini jarang berlaku, dan disinilah segala peluang untuk menunjukkan segala potensi untuk menjadi anchorman/newscaster/journo/photographer/cameraman/editor/”those guys who hold long mike poles over the interviewees heads” yang supreme debonair. rampas peluang nih, dan jangan sergah – it can be a very good career-mover for you, you know. doh.

mungkin ini adalah hanya hasat buruk hati saya, tetapi sering pabila trajedi menimpa, pasti ada beberapa kumpulan yang merampas peluang ini untuk menonjolkan keahlian mereka, dan menerima pujian dan reputasi yang tinggi untuk masa hadapan.

apa channelnewsasia? ratings makin naik? lebih ramai orang menonton walaupun dibandingkan dengan rangkaian cable?

ironisnyer, kecelakaan seorang dirangkul untuk kepentingan yang lain.

Advertisements

hari macam macam

wow. hari yang sungguh ‘macam macam’.

1. suaynami tetap mendapat perhatian utama. hingga kini i masih terpinga-pinga pasal ni trajedi kerna ia berlaku di mana tempat i sama member2 pigi dahulu. tapikan, disebalik laporan2 pasal ni citer, ada kesebalikkan balasannya. ada sesetengah kumpulan yang bersuara, “ah ni lah balasannya!” pabila menunjukkan arah kepada patong beach. diaorang cakap ah itu tempat tempat tak bagus, tu pasal kena balasannya. erm, hello? ada theori ke macamni? sumer tempat yang malapetaka ni terjadi pasal ada balasannya? apa balasannya yang terjadi kat bam, iran tahun lalu? masyarakat slalu dengan senang wenangnya tunjukkan malapetaka begini sebagai balasan darinya kerna menjalankan kehidupan yang tidak betul. oh puhleease, enough you all! kalau dah terjadi tuh dah terjadi, takde guna tunjuk sana sini pasal balasan. you all sumer not that pious ok? termasuk sayalah.

lepas tuh ada satu artikel yang menarik di ST yang ditulis oleh michael vatikiottis pada hari ini. dia menulis betapa anehnya masyarakat umum bertindak dengan presepsi yang tiada bandingannya pabila sesuatu trajedi berlaku. artikel itu menyebarkan banyak pemerintah di serata dunia yang bersikap huru hara segenap pabila perkara begini berlaku walaupun ia boleh dielakkan dari dahulu lagi. contohnya, pabila Perang Dingin berakhir pada awal 90-an, berbagai kumpulan telah berancang ataupun telah membuat projek untuk membantu dan menolong negeri yang sering dilandai bencana alam sepergini seperti di bangladesh dimana ribuan penduduk sering mengalami kesusahan pabila dilanda banjir. tetapi sekarang, pemerintah di sana sini tidak mengambil entah akan perkara begini kerana lebih tekun membicarakan tindakkan pengganas yang seringkali diungkap dengan setelitinya. pabila perang di iraq dimansuhkan, beribu-ribu askar dikerahkan dalam segenap mata, tetapi pabila bencana begini berlaku, sering kami lihat tindakkannya begituh sahaja. dermaan berjuta dolar? apa gunannya duit (itu pun hanya 8-10 juta berbandingkan dengan beratus juta diagihkan kepada peperangan), jikalau tidak ramai askar kerahan yang berada di tempat trajedi untuk membersihkan, membangunkan dan mematuhkan di tempat bencana alam sepergini. hanya dengan kekuatan militri dapat meringankan beban di masa yang kini. seperti yang dituliskan oleh encik vatikiotis,

“We tend to shrug off these potentially grave disasters and concentrate on seeking out the fanatics in our midst – to the point of being zelous and intolerrant as the fanatics themselves…what a shame then that the world’s greatest superpower is focussed on protecting its soldiers from muslim fanatics whose anger is in turn fuelled by the war on terror that has become the pinnacle of american foreign policy..”

pada pilihanraya amerika 2000, encik al gore sering mengingatkan rakyat tentang keadaan alam dunia yang makin membimbangkan, tetapi dunia tidak mendengar. dalam taklimat ucapannya, beliau ingin mendapatkan keputusan kongres untuk menjaminkan ‘Bill’ nye untuk dijalankan, tetapi sayang tiada yang memansuhkannya.

2. salah satu rakan saya telah berbicara dengan saya bahawa beliau tidak mahu lagi bekerja dalam bidang IT. alasannya ialah beliau tidak boleh tahan lagi dengan arena IT terutama skali pabila undang copyright baru akan dijalankan pada 1 januari 2005. saya pun mendengarlah kerisaun dia.

“adake patut kalau orang lain install tuh barang tanpa pengetahuan aku, aku ni bleh liable?! mana adil beb!” dia mengeluh. saya paham akan kerisauannya. memang tidak patut jikalau syarikat software menggembur-gemburkan kesalahan itu dengan alasan tidak mematuhi arahan. it all boils down to how much money u can make, right? saya masih tidak memahami apakah alasannya untuk menyaman, ataupun lebih teruk, memasukki penjara jikalau disabit kesalahan. tetapi bagaimana mereka hendak menunjukkan bukti jikalau perkara ini melibatkan kesemua orang tetapi hanya satu orang sahaja yang menjaga segala entiti? bukan senang untuk menyarankan kesemua orang untuk mematuhi undang undang. dan yang teruknya, perbuatan khianta seseorang boleh menjatuhkan martabat orang yang menjaga keaslian entiti syarikat. jikalau begini bolehkah saya menyaman seseorang $20,000 jikalau mereka memtong jalan/berlari mencari duduk di mrt/tidak memberi layanan baik di tempat2 komersial dan sebaginya dengan alasan mereka tidak mematuhi undang2 etika?

3. saya pergi menonton ocean’s 12 pada malam yang sebelumnya. dan ulas kata saya terhadap citer itu ialah, “saya tak suka.” putar belit dia sungguh memeningkan, seperti sutradara sodenbergh tiada jalan untuk memperbaiki filem sebelum ini, ocean’s 11. 11 mempunyai daya tarikannya dimana perancangan teliti telah diterangkan, dan disini dimana 12 membuat kesilapan. ia cuba membaikki caranya, tetapi akhirnya, perancangannye adalah sungguh lemau. dan, ia sering membuat penonton membuat ketawa 2 minit dengan alasan untuk memperbaikki skrip dan rancangan yang kabur.

dah tu ajer.

suay nami.

mungkin ini adalah satu alamat. tetapi entah mengapa hati tidak berhajat untuk melancong ke pulau phi phi lagi pada tahun ini seperti yang telah dilakukan tahun lalu.

tetapi, syukur hasrat tidak dijangkaui kerna trajedi yang menimpa.

dalam perkara yang lagi satu, nasib baik tiada pemimpin yang berkomen trajedi ini bukan hasil perbuatan ‘pengganas’..

..ataupun mana mana patrick swayze wannabee dalam point break yang syiok tengok ombak besar giler.

slams.

he speaks!

a new year beckons, but in some manner of a badly written movie script, some things will never change.

1. malay politicians still insist of the term, ‘melayu baru’. i’m telling you this, there is no such thing as a ‘melayu baru’. if you were to ask me what is the real meaning of that i would say it’s someone who commits to every single viceful sin, but in relevance they know how to cover its tracks back and hopefully start from zero again. i know, i’m one of those. what’s the relavance of potraying ‘successful’ malays every other month in the ridicolously inane of content paper that is berita harian? are the editors too ashamed of the status of the community that it has to potray some success in order to keep this spirit up? this, in practice, seems to be like any other cosmetic cleanup just to cover its cracks. and be sure the cracks are still for everybody to see. i may be the least of credentials of people, but it takes one swindler to teach the other one. that’s to say, to clean, you have to show. let us be ashamed. let us be merciful. but, as all in media has proven, if there’s proof everyone will chip in and dig deep and hopefully the problem would be solved.

2. i have nothing against the khutbahs thats being sermoned every friday. but this mind of mine wonders, who listens to them? in all my life, i’ve seen pakciks, datuks, braders and kids wonderring around in their mind – and me in my sleep – when these sermons are served. it’s not recommended i agree, but who’s to blame? sermons called for us to be improved, to seek for enlightment, to strive for stability in live and the aftermath, but i digress. how many more shall we listen to this over and over again? have these sermons become stagnated? isn’t there any other way to revive these attendees to wake up and listen, every other week? it’s part of our duty to perform our religious servings, but it’s another for leaders to inject that vibrancy. what benefits, when attendees aren’t focussed?

3. berita harian. just a suggestion – you need some really radical changes. yusoff a. rahman has been sitting far too comfortable, me thinks.

i may not change, but that is a personality issue. leaders have to change – they affect everybody. continuity is not the only option, but just a slight avenue for everyone to benefit.

my wish, have a broader mind you 100k per annum office bearers.

eh, lagu.

hello.

lebih baik jangan membebel, mari kita hidangkan benda2 yang paling saya fave ni tahun.

bermula ngan lagu lagu saya suka.

dan inilah dalam kategori PILIHAN ANDA 2004 saya.

1. arcade fire – crown of love
fuhlamak, ini lagu dengan dia nye lirik, ‘i carved your name across my eyelids’ boleh buatkan saya menggigil macam siput babi takde dia nye tutup.
sungguh syahdu, sungguh malar, sungguh dot wow. tapi, kalau nak dikatakan, sumer lagu diaorang saya fave.

2. xiu xiu – i love the valley, oh!
adoi, ini lagu boleh buatkan saya eksen beremo dalam itu mrt. bayangkan saya ngah perform. lebih lebih lagi part yang si penyanyi terpekik ‘OH!’ part lagu dia nak habis. part itulah nyaris2 time ngah dengar kat mrt, saya terpekik. nasib baik tak. best.

3. ted leo – walking through
bila mula mula dengar ni lagu saya macam tak paham apa sidini ngah buat. ingatkan dia nye download ada sikit koyak. sekali tak lah, stail dia bikin. bila dengar ni lagu macam ada sikit hentak kaki stail the streets…

4. the streets – dry your tears
whoa! saya nye favrit nye rapper/artis hip hop bikin trend yang baru lagi. tapi ni kali dia campur adukkan irama hip hop menjadi balada syahdu. tak gerek camtuh?

5. fathom 5 – then the sun hit
saya ni memang penggemar lagu lagu yang orang cakap dari kategori shoegaze. pasal lagu lagu camni lah yang boleh menjadi teman bila dalam bas/mrt yang perjalanan lama yang boleh makan masa lama dan lebih lebih lagi bila cuaca sejuk lepas tuh dengar lagu camni, fuh! feeling kebabai.

6. luna – malibu love nest
i tell you, i sedih bila luna dah pecah berkumpulan. tapi, ni lah rekod yang best dari mereka setelah masa yang lama. agaknyer lah tuh.

7. kanye west, jay-z, talib kweli, mos def, busta rhymes – get by (remix)
whoa! lagu satu lagu hip hop (!?) but i boleh bilang u eh, ini kanye west memang best lah. sampaikan itu berita harian pun ada bikin wawancara dengan dia (!?) tapi itu bro memang patut kalo boleh tendang itu usher lah yang asik asik tergelek-gelek.

8. madvillian – jack off
ok, last lagu hiphop. stail dan eksklusif.

9. air – run
entah apasal eh dalam list mp3 saya ada 3 lagu run. ni lagu sungguh breezy dan membuatkan saya berkhayal entah apasal.

10. u2 – vertigo
oklah, saya terpukau oleh itu abertisement ipod. heh.

dah tu ajer. nanti saya buatkan itu citer-citer favrit saya ok?

resolusi yang selalu dibuat tapi tak pernah terjadi

ok tahun baru dah nak tiba
jadi apa akan dibuat oleh saya
mari kita imbas kembali peristiwa
yang akan diubah di lain masa

1. jangan bermain dengan api
2. jangan suka banyak joli
3. jangan syiok sendiri
4. lebih berfikir hari hari
5. senaman tiap pagi
6. hari hari makan chapati
7. jangan tengok cermin sampai mati
8. sayangkan ibu bapa dan cik saudari
9. kalau boleh kutuk kerajaan arab saudi
10. tengok berita dinihari
11. baca lebih cik svengali
12. oh, merantau ke luar negeri
13. simpan duit dalam akoun ocbc
14. kemaskan bilik dengan teliti
15. pergi repair ini gigi
16. dan itu gusi
17. jangan suka harakiri
18. jangan shopping macam gila babi
19. iktibarkan diri ke ssdc
20. kalau tak malas pegi jugak itu bbdc
21. buat keje dengan inspirasi
22. jangan suka senang berpatah hati
23. cekalkan iman untuk saban hari
24. dan yang last, iktibarkan diri mencapai resolusi.

yey.