anugerah rayer raver!

dan tibalah harinya dimana beta dah berkembali ke kerja. datang ajer kejer punyerlah berlambak mak laun. tapi gua tetap rilek. sip sot sot sot sip, by the time kol dua dah bes. amacam, bleh jadi pekerja contoh untuk tahun ni tak?

jadi skarang, bila kerja dah bes, dah bleh rilek rolek skejap, jadi lungsurilah lelaman orang orang. ah dan tidak terasa terpegun nye beta, yang bahawasanya orang telah meletakkan gambar gambar raya mereka.

dan disinilah yang dimana beta ada inspirasi untuk membuat satu pertandingan “sure hebat raya raver!” berdasarkan gambar gambar yang ada. berikut adalah sebahagian dari kategori yang akan diluahkan:-

1. baju kurung yang paling stailo milo. kaler mana yang paling popular ni tahun. (harap harapkan hijau terang benderang!) songkok stail mana yang paling hot. selendang mana yang paling OW! dan brooch mana yang paling kilat.

2. pasangan mana yang paling semangat ada pakaian boriah dari hujung rambut ke hujung kaki. kalau nak dimasukkan ahli kluarga pun boleh. tapi tu akan digolongkan dalam kategori ‘keluarga beli kain langsir 20 ela jadikkan baju’.

3. budak yang paling cute. sudahlah disahkan, kalau dalam perayaan tak sah kalau takde gambar budak yang boleh dilabelkan sebagai – c o m e l. tapi ini kategori tak akan dimasukkan jikalau dalam gambar tu ada terselit muka sendiri pasal tu tak bleh dikongsi dalam kategori comel. itu bleh diletak dalam kategori ‘cewek paling bayek’ ataupun ‘dah tua nak eksen cute’.

4. gambar posing sedara mara yang paling maut. yea lah kan ni lah masanya peluang untuk melebarkan publisiti khas kepada masyarakat umum akan ahli kluarga mereka. pasal dalam zaman millenia nih, kawan lebih rapat dari sedara sendiri. tol tak?

5. gambar kuih muih yang paling banyak. blog kalau takde gambar makanan memang tidak sah!

6. rumah mana yang ada skirting dinding yang paling power. kalau dah roma melayu, mesti ada skirting kat dinding. skirting mana yang paling stail. oh tidak luper juga kornis dan kabinet dapur dan sofa dan meja makan nye kain alas.

7. langsir yang paling masyallah powerkedemak. apa lagi melayu tetap melayu. no langsir – no go!

8. yang paling banyak letak gambar. ni kategori bangsa longgokkan saja sumer gambar yang diambil. ni berdasarkan kepada kategori ISO quantity-don’t-give-a-damned-quality.

HANTARKANLAH NOMINASI ANDA KEPADA SAYA!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s