karangan masa kini.

Tajuk: Jalan-jalan Di Geylang
Tarikh: 23 Oktober 2004

pada satu hari saya telah pergi ke geylang.

saya tengok ramai orang di sana. ramai orang menjamu selera di gerai makan haig road. saya bertanya,

“sekarang sudah pukul 830 malam. Mengapa masih ramai orang lagi disini?”

tanpa menghiraukan mereka, saya pun menukar perhatian ke suasana geylang. saya menyaksikan berbagai bagai juadah yang telah disajikan di gerai gerai. ada makanan ala jepun, turkey dan sebagainya. pengunjung juga seperti kagum dengan aneka makanan yang dihidangkan. bagaikan tidak pernah nampak sebelum ini.

saya tetap tidak mengendarkan.

setelah melepasi bangunan darul arqam, saya pun menujukkan pergerakkan saya ke arah joo chiat. kompleks ini telah ditafsirkan oleh ramai pengunjung sebagai satu lokasi yang harus dikunjungi. di sini, saya menuju ke kedai toko warisan. disini, saya telah membeli sehelai songkok untuk digunakan semasa bersembahyang.

setelah itu, saya terus menghalakan perhatian kepada bazaar geylang. dan disinilah dimana saya telah mengalami beberapa insiden yang membuatkan saya bergeli hati.

disini saya telah mendengar beberapa dialog yang telah diluahkan oleh pengunjang.

“eh aku sesat ah!”
“takper ko jalan dalam trus mesti tak sesat!”

semasa saya ingin membeli makanan, terdengar kekata oleh seorang saudari,

“eh, ni line up camner ni? aku bilang kau, kalau ni kat tunnel, aku trus bleh dapat ah!”

saya mendengar sahajalah perbualan mereka. sementara itu, layanan saya tidak diendar langsung oleh pemilik kedai itu. berkali kali saya telah memesan kepada abang itu, tetapi beliau tetap tidak menyedari.

saya pun heran mengapa abang ini memulaukan sandaran saya. saya memerhatikan beliau seperti tidak tahu apa yang beliau sepatut buat. order datang dari kiri dan kanan, dan abang ini tetap tidak menulis. disefahamkan saya, beliau mungkin ingin menghafal order order yang datang.

“bang, ayam percik empat.” saya memohon.

“apa? 4? mi, 4 ayam percik!” abang itu berteriak kepada rakannya.

“boy, jangan lupa. skarang ada 2, 4, 4, 4, 3, 4 order tau!” rakannya menyuara.

“ok! ok! tak lupa! 2, 4, 4, 3, 4, 3” beliau menjawab.

terkejut jugak saya pabila mendengarnya. pada pemikiran saya, bagaimana beliau ingin membahagikan order dengan nombor nombor berikut. saya rasa beliau sedang mengencam muka pembeli dengan nombor dimukanya. jadi setelah berfikiran begitu, saya pun berharap abang ini tidak melupa nombor di muka saya. jikalau boleh saya ingin bersuara dengan abang ini,

“bang, tulis LAH kalau nak iyer pun..”

tetapi sempena bulan puasa ini, saya tidak ingin bersuara untuk menyakitkan hati beliau. jadi saya terus menunggu untuk mendapat pembelian saya.

selang 24 minit, akhirnya tiba juga pesanan saya.

dah tu ajer.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s