holy mama!

more here.

Advertisements

peeled.

“Who am I going to listen to now? He’s been my inspiration since I was 14.
Thanks John Peel.”

i’m 2 days late to realise this.

before the mass idiotism of mtv, the only avenue for new music most kids my age and the fathers before us had was his show. and before broadband was available, radio tunesets were always dialed to the world service at 2AM.

i love his show too much. how great this man was to identify talent and open ideas to something new. and how wonderful it was to hear your homegrown band to belt spaceman over malaysia by him before local radio did anything about it.

radio would never be the same again.

biskut!

Wahai rakan rakan sekian. Harap dimaklum apa yang tertera di bawah ini hanyalah untuk musim promosi ini. Yang nak selidik jikalau jabatan kebersihan ada bikin inspeksi, tolonglah berbuat demikian. Ni ikhlas, untuk dijamu selera.

(Ok, here we go!)

1. Biskut gajus 1 botol (100 keping) $26

2. Chocolate Rocher 1 botol (100 keping) $ 28

3. Famous Amos 1 botol (100 keping) $ 24

4. Kuih Tart 1 botol (100 keping) $ 30

5. Sarang Semut 1 botol (100 keping) $22

6. Kek Pudding Batik Jawa $25

sesiapa nak order, holla! holla! sahaja kepada saya, disini ataupun dimana jua.

(yang kueh makmur sama kek lapis tuh masih ada.)

holla playa!

karangan masa kini.

Tajuk: Jalan-jalan Di Geylang
Tarikh: 23 Oktober 2004

pada satu hari saya telah pergi ke geylang.

saya tengok ramai orang di sana. ramai orang menjamu selera di gerai makan haig road. saya bertanya,

“sekarang sudah pukul 830 malam. Mengapa masih ramai orang lagi disini?”

tanpa menghiraukan mereka, saya pun menukar perhatian ke suasana geylang. saya menyaksikan berbagai bagai juadah yang telah disajikan di gerai gerai. ada makanan ala jepun, turkey dan sebagainya. pengunjung juga seperti kagum dengan aneka makanan yang dihidangkan. bagaikan tidak pernah nampak sebelum ini.

saya tetap tidak mengendarkan.

setelah melepasi bangunan darul arqam, saya pun menujukkan pergerakkan saya ke arah joo chiat. kompleks ini telah ditafsirkan oleh ramai pengunjung sebagai satu lokasi yang harus dikunjungi. di sini, saya menuju ke kedai toko warisan. disini, saya telah membeli sehelai songkok untuk digunakan semasa bersembahyang.

setelah itu, saya terus menghalakan perhatian kepada bazaar geylang. dan disinilah dimana saya telah mengalami beberapa insiden yang membuatkan saya bergeli hati.

disini saya telah mendengar beberapa dialog yang telah diluahkan oleh pengunjang.

“eh aku sesat ah!”
“takper ko jalan dalam trus mesti tak sesat!”

semasa saya ingin membeli makanan, terdengar kekata oleh seorang saudari,

“eh, ni line up camner ni? aku bilang kau, kalau ni kat tunnel, aku trus bleh dapat ah!”

saya mendengar sahajalah perbualan mereka. sementara itu, layanan saya tidak diendar langsung oleh pemilik kedai itu. berkali kali saya telah memesan kepada abang itu, tetapi beliau tetap tidak menyedari.

saya pun heran mengapa abang ini memulaukan sandaran saya. saya memerhatikan beliau seperti tidak tahu apa yang beliau sepatut buat. order datang dari kiri dan kanan, dan abang ini tetap tidak menulis. disefahamkan saya, beliau mungkin ingin menghafal order order yang datang.

“bang, ayam percik empat.” saya memohon.

“apa? 4? mi, 4 ayam percik!” abang itu berteriak kepada rakannya.

“boy, jangan lupa. skarang ada 2, 4, 4, 4, 3, 4 order tau!” rakannya menyuara.

“ok! ok! tak lupa! 2, 4, 4, 3, 4, 3” beliau menjawab.

terkejut jugak saya pabila mendengarnya. pada pemikiran saya, bagaimana beliau ingin membahagikan order dengan nombor nombor berikut. saya rasa beliau sedang mengencam muka pembeli dengan nombor dimukanya. jadi setelah berfikiran begitu, saya pun berharap abang ini tidak melupa nombor di muka saya. jikalau boleh saya ingin bersuara dengan abang ini,

“bang, tulis LAH kalau nak iyer pun..”

tetapi sempena bulan puasa ini, saya tidak ingin bersuara untuk menyakitkan hati beliau. jadi saya terus menunggu untuk mendapat pembelian saya.

selang 24 minit, akhirnya tiba juga pesanan saya.

dah tu ajer.

mat kabinet naik berang.

salah satu daripada misteri terbesar dalam rumah saya ini adalah tahap kecantikkan dapur saya. saya musykil kerna walaupun apa segala hasrat untuk mempercantikkan keadaan dapur, ia tetap kelihatan – macam siak.

ini semua adalah gara gara tindakkan ibunda saya yang suka simpan segala khazanah dalam kabinetnyer. tidak kira apa jua, bekas ais krim ke, tupperware ke, pyrex ke dan yang paling janggal blender dan oven sampai tidak terkira.

sering pabila raya akan tiba, saya akan bertungkus lumus membersihkan rumah ini. dan tujuan utama adalah kepastian keadaan dapur ini. walaupun kabinet telah dipasang khas untuk menyimpan ini harta karun, tetapi kesebenarannya, situasi tidak bertukar langsung. malah keadaan makin buruk oleh kerana ketiadaan ruang. sering dilihat berbagai bagai peralatan dapur bersepar di sana sini. dan inilah masanya pabila si anak dan si emak akan bertengkar.

“NI APA NI BENDA NI MASIH NAK SIMPAN!?!” saya berteriak sambil tunjukkan bekas tupperware edisi 12.

“AH KO NI. SEMUA NAK BUANG!” si ibu bersapa.

dan sepergituh lah. muka saya akan menjadi muram, suara saya akan naik tinggi, dan mood saya boleh kalahkan si tanggang.

saya berasa hairanlah mengapa makcik makcik melayu suka sangat simpan banyak barang di dalam kabinet mereka. seperti tiada haluan langsung dalam etika kabinet. dalam pemikiran mereka, “AH, ada ruang, apa lagi, LONGGOK ajer ah ni benda dalam kabinet.” ah pasal benda ni bila bukak kabinet nak cari cawan ternampak oven. cawan plak letak tepi ruang lada putih.

pening kan?

haizzzz..camner lah saya nak kemaskan ni dapur. naikkan suara, dia cakap saya kurang ajar, tapi camner eh nak tunjuk ajar? kalau radio warna sering siarkan iklan hamid n sons pakar reka bentuk dapur, saya nak syorkan lah mereka buat seminar kepada makcik2 ni bagaimana hendak mengatur barang barangan mereka.

apa gunanyakan kalau kabinet besar besaran tetapi tidak dimaksimasikan.

sekian.