eh! eh!

saban hari, saya telah menonton rancangan khas di tv. rancangan yang disebutkan adalah untuk menganugerahkan piala emmy untuk rancangan rancangan tv di rangkaian amerika.

jadi seperti biasa, saluran lima akan hanya berseleloroh mempamerkan rancangan popular sebagai antara calon untuk memenangi anugerah ini. dalam komersial sampingannya sempena menunggu upacara ini berlangsung, mereka hanya mempamerkan sitkom friends sebagai antara calonnya. entah mengapa penerbit di saluran lima hanya menglamerkan siri itu, padahal ada lebih banyak lagi calon calon yang lebih baik, dan sesungguhnya ada lebih harapan memenangi anugerah.

mungkin penerbit di saluran lima cuma suka siri tersebut.

beralih kembali kepada upacara emmy. selang upacara ini berjalan, saya terfikir kembali dengan perasaan musykil yang amat sangat mengapa penerbit di saluran lima seperti tidak ada daya tenaga untuk membawa rancangan rancangan yang telah dicalonkan. siri siri hiburan seperti late late night show with conan o brien, late show with david letterman, the dave chapelle show, the daily show with jon stewart dan sebagainya seperti tidak menjelma terus di ruang udara singapura. padahal rancangan ini telah bertahan lama dan isi kandungannya adalah paling berkualiti. jikalau hendak dikatakan rancangan ini tidak ada nilai komersial memang susah nak dianggap, kerna selalunya rancangan hiburan ini sering mempunyai ramai penonton. jikalau tidak, tak akan kan rancangan ini telah bertahan lama dan seperti yang saya difikirkan, late show with david letterman mempunyai kuasa yang besar di rangkaian cbs.

mungkin alasan penerbit di saluran lima ialah mereka tidak mahu rakyat singapura sejagat mempunyai pengetahuan tentang rancangan ini, jadi pabila mereka ketandusan ilham mereka boleh mencuri idea dan mempamerkan sebagai konsep mereka sendiri. masih ingat tak tonight with gurmit?

ada satu rancangan yang mungkin dihebohkan oleh saluran lima selepas kemenangan anugerah emmy ini. rancangan tersebut ialah the sopranos. jikalau penonton tidak syak waspada, saluran lima memang ada menyiarkan siri ini tetapi tanpa segala promosi tidak lama yang lalu. mereka menayangkan siri ini pada masa tengah malam setiap hari selasa. entah mengapa mereka tidak menghebohkan langsung, tetapi saya berasa pada musim baru sopranos yang akan datang, siaplah iklan mereka berkumandang. konon-konon home of the emmys lah nak dikatakan.

bercakap tentang rancangan tv ini, satu budaya telah muncul dihati penerbit. mereka tidak lagi mengendarkan rancangan sitkom dan telah mengalihkan perhatian kepada rancangan realiti. tren ini telah sedikit sebanyak muncul selang lima tahun yang lalu. berbagai bagai konsep telah disiarkan dan ramai penonton telah dipukau dengan tiada sedar akan fenomena ini.

jadi disinilah dimana jikalau ada kesempatan saya ingin berbual dengan abang syiok sendiri di suria. nama beliau ialah basir siswo.

encik basir, dengan alasan bahawa saluran suria belum lagi mempunyai siri realiti, saya ingin mengsyorkan konsep yang saya telah rumuskan pada pagi tadi. apa kata anda membuat suatu rancangan yang dekat di hati di kalangan penonton di saluran anda. saya ingin mencuri sedikit konsep dari rancangan the bachelor, joe millionaire, american idol, my big fat obnoxious fiance, survivor dan the apprentice untuk dinspirasikan kepada rancangan baru ini. saya tidak ingin mencuri idea dari amazing race, kerana pada pendapat saya itulah satu satunya rancangan realiti yang paling berkualiti dan mungkin kerana dari segi produksi suria yang belom lagi ke tahap professional, malulah nak bikin konsep seperti begitu. lagipun, saya tidak fikir bajet suria boleh menampungi peserta pergi ke merata dunia.

dengan menggambungkan siri siri tersebut, anda boleh mengiklankan peserta untuk ke hadapan tanpa sebarang idea tapi hanya dengan harapan peserta boleh disajikan dengan arena glamer; peserta mestilah seorang jejaka melayu dan mempunyai ego yang besar. konsep yang saya ingin tujukkan ialah untuk mencari ‘the ultimate mat’, tetapi peserta tidak boleh tahu apakah tujuan rancangan ini seperti apa yang telah dilakukan di siri joe millionaire dan m.b.f.o.f. – ini kerana jikalau diketahui, tidak akan ramai orang yang ingin berserta kerana mereka akan berasa malu dan ada pula yang tidak mahu mengaku yang mereka adalah golongan tersebut.

peserta akan menyertai berbagai cabaran dalam setiap episod. anda boleh merancangkan cabaran seperti
1. siapa yang boleh menawan pompuan dengan cepat
2. siapa yang boleh setting rambut paling bagus
3. siapa yang boleh pakai paling stail walaupun nak gi jumpa members untuk sementara kat bandar
4. siapa yang boleh tahu konsep mengapa nelly boleh keluarkan sehingga dua album pada satu masa tetapi tidak tahu siapakah the observatory
5. siapa yang boleh duduk di kedai kopi ataupun di kedai kopi atasan sehingga beberapa jam dan tangkap kool
6. siapa yang boleh membuat keadaan paling kool di burger king liat towers
7. siapa yang hanya boleh bersyiok nyanyi lagu hanya pabila mereka mendapat tahu lagu telah berkumandang di mtv, perfect 10 ataupun power 98
8. siapa yang boleh membuat pompuan diaorang mematuhi peraturan diaorang dan akan memarahi mereka jikalau mereka kluar ngan lelaki lain tapi mereka tidak kisah jikalau mereka membuat skandal sendiri tanpa berperasaan segan silu
9. siapa yang boleh mencemuh dan menjatuhkan maruah seseorang dengan sebegitu sahaja
10. siapa yang senang berperasaan eksen kool giler babi berfikiran mereka boleh menjadi bintang glamer
11. siapa yang mempunyai ego yang paling besar dan tidak akan mengaku kesalahan mereka…

…dan sebahagiannya lagi.

tapi harus diingat, peserta tidak boleh tahu apakah tujuan rancangan ini. peserta mungkin berasa hebat dan lambat laun akan bersyiok sendiri dan ini akan membuat peranan dan ego sebenar mereka untuk menular. ini hanya akan membuat peserta untuk mempamerkan kuasa mereka dengan lebih menonjol dan perasaan tamak dan haloba mereka akan menjadi ilham mereka. penonton akan menjadi pengadil dan hanya peserta yang tidak mempunyai kualiti untuk menjadi ‘the ultimate mat’ akan dibuang dari senarai.

setiap rancangan realiti ada sepatah dua yang akan dibentangkan pabila peserta dibuang. jikalau the apprentice mempunyai ‘you’re fired!’ dan survivor ‘the tribe has spoken’, saya bercadang rancangan ini mengsyorkan idea saya untuk berteriak ‘lu bleh blah suar’ di hadapan semua orang.

pada akhir siri rancangan ini, si pemenang akan digeburkan di tv. saya bersangka si pemenang akan berasa kebanggaan yang tiada kenal erti. dan disinilah beliau akan tahu tujuan sebenar rancangan tersebut. pasti beliau akan berasa tidak kena gaya kerana beliau telah memenangi gelaran takhta ‘the ultimate mat’ dan prinsip kehidupan beliau akan diketahui penonton.

jadi, encik basir siswo, apakah pandangan anda terhadap konsep saya ini?

(eh brrrrrraper nye panjang dar)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s