topik tinjauan pada hari ini

bahasa menunjukkan bangsa, dan kerna itu ia melambangkan identiti seseorang.

jadi, jikalau dalam satu hari anda akan berkata/berteriak/mengimbas dalam ingatan ekspressi-ekspressi seperti berikut:-

– “Eh siak!”
– “Macam sial!”
– “Pantat lah!”
– “Eh rilek lah!”
– “Maccow!”
– “Amacams?”
– “Kental!”

sudah sahlah yang anda telah memasuki kumpulan ekslusif mat dan minah. jangan resah dan berasa malu jikalau anda tergolong dalam kumpulan ini, kerna sekurang-kurangnyer, ada juga identiti untuk anda.

tetapi, seandainya anda tetap tidak mahu menganggotai pasukan ini, janganlah bereksen syiok sendiri menafikan tata tertib anda. seperti peribahasa owang putih, ‘ a leopard never changes its spots’ (ataupun macam begitulah), susah untuk mengendarkan etika diri sendiri.

jikalau benar benar anda mahu menafikan yang bahawasanya anda bukan anggota pasukan ini, anda terpaksa membuat pelbagai perubahan. pertama, dan terakhir, haruslah mengubah tata tertib diri sendiri sebelum mencaci anggota pasukan ini. seperti apa yang diluahkan oleh michael jackson dalam lagu ‘man in the mirror’, beliau berkata jikalau seseorang itu hendak menukar keadaan sekeliling, haruslah menukar keadaan tersendiri.

seperti yang disyak wasangka, ramai wakil rakyat berfikir bahawasanya untuk menganggotai pasukan ini, anda hanya perlu menggambarkan sejenis lambang pakaian. tetapi itu tidak benar, kerana cara pemakaian adalah hanya sajian ilusi. jadi tidak berhaklah jikalau anda mencaci mereka yang berpakaian tertentu sedangkan anda sendiri adalah salah satu daripada anggota klub mat dan minah. ini tidak bagus untuk kententeraman kumpulan sendiri.

harus diingat, ekspressi yang tertera sebelum ini tidaklah terhad disini sahaja. terdapat juga yang lain yang lebih terperinci. tetapi apakandaya disini sahaja topik ini akan dibicarakan sehingga cik dol dinaikki pangkat kepada mat yuppie.

sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s