perbualan suku kaum tak masok akal

mat rok a: pelik trus aku rasa.

mat rilek b: mengapa?

mat rok a: pasal gua tengok kaum melayu nih macam ada sikit sot dot ah.

mat rilek b: eh, asal macam gituh?

mat rok a: bukan apa apa, aku tengok ramai orang melayu ni macam banyak tak nak mengaku diaorang ni melayu.

mat rilek b: eh, ko ni jangan sembarang siak. apasal sampai boleh berfeeling macam gituh?

mat rok a: pasal hari tuh aku ada berbual ah ngan ni anak. dia cakap dia tak fikir dia melayu. aku tanya ‘apa sak?’ bih dia jawab, pasal datok nenek nye nenek nye nonyang dia orang jawa. jadi dia cakap tak sepatutnya ah orang tanggap dia orang melayu.

mat rilek b: eh tak salah pe. pasal kan banyak golongan macam gituh. pasal melayu ni ada banyak cabang-cabangan dia. jadi betol ah apa dia cakap.

mat rok a: betol tuh memang betol joy. tapi kalau ko fikir masak masak, orang melayu asli ke, dayak ke, banjar ke, jawa ke, boyan ke, aceh ke kalau ko tengok betol-betol sumer datang dari nusantara. sumer dari rantau yang sama. jadi apa sak.

mat rilek b: hmmm..semangat nye ko? ada lagi tak?

mat rok a: eh ada ah. pasal aku terharu apasal kaum kaum yang lain macam steady aje, walaupun banyak sekarang memang dah tak kenal erti lagi.

misalnya, dalam kaum cina terdapat banyak golongan dari segi perkauman. ada yang kaum hokkien, ada yang cantonese, ada hakka, ada hailam dan bermacam macam lagi. tapi ini sumer cabangan tetap memperdirikan mereka sebagai “chinese” walaupun dalam surat beranak mereka tertera kaum rambang mereka.

sama juga kepada kaum india – ada yang gujarat, hindi, (agaknyer) tamil elam. sumer digolongkan kepada kaum india.

jadi apa yang buatkan gua bingit kunyit ni ialah ada suku kaum meRayu sini macam nak eksen semempet. mentang-mentang ada kacukan sana sini, tapi melayu tetap melayu pe.

macam mana ini kaum nak maju sendiri kalau dia nye orang sendiri tak nak mengaku yang diaorang ni melayu. apa malu ke jadi melayu?

mat rilek b: beb, gua tengok lu dah macam marah. ilek ah. mari kita bersembang.

mat rok a: ok best.

-tamat-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s