-phew-

setelah 3 hari gua berkecampuk di atas katil tu. akhirnya reda sedikit ni demam. itu katil gua tengok dah macam kandang kambing.

dalam 3 hari tu, pabila gua asik berehat, bermacam kerenah terjadi. mimpi yang bukan bukan gua kena. mimpi gua bunuh orang sampai kepala dia meletup lah, tapi gua tak kenal sapa member tu pasal sebelum gua bleh cam dia, kepala dah berkecai. yang peliknya, gua boleh bergelak plak tuh bila tu benda terjadi. tak sangka gua ni ada gaya jadi penjenayah eh.

bih time malam2 gua bleh bercakap sendiri kapa sedang ngah tidor. apa gua membebel pun gua tak tau. sekejap gua berpeluh macam badak sumbu sewel, sekejap gua menggigil macam mat drug yang takde barang baik. yang paling seram sekali bila gua tengok itu suhu panas gua meledak 40.2 darjah selsius. gua tengok, ni benda kalau naik lagi, tamatlah riwayat gua. macam mana tak itu kepala dah macam bleh buat kuali goreng telor. gua ada baca jikalau suhu badan mencecah lebih dari 40 darjah selsius, besar kemungkinan otak tu bleh jadi rosak. betol ke doktor?

tapi ada jugak kebaikkan bila demam ni. apasal? pasal dah 3 hari gua tak isap tu rokok. berat badan pun turun dah macam rabak. cengkung jadi gua. ada cheekbones, you!

gua rasa gua dapat ni demam pasal ada satu hari tu kan, gua nak eksen hero lah kononkan nak gi berlari-lari anak sebelum maghrib. bila balik dari jogging tu rasa macam ada angin sengugut ah datang. angin dia macam lain sikit. esokkan harinya, PAP! demam lah. lain kali kalau lu orang nak jogging, janganlah buat masa nak dekat maghrib. memang benar, angin dia macam ada sikit sewel.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s