“Haiiiii…sudin, sudin”

dalam filem seniman bujang lapuk kat babak terakhir, sudin ngah duduk kat halaman rumah shariff dol bersendirian. si ramli sama si aziz takde, pasal dua dua dah gi kluar ngan minah diaorang. lepas tu si sudin mengeluh tentang nasib dia, asal orang lain boleh berteman tapi bukan dia.

ah, gua tengok dia pun macam terharu. pasal gua slalu tengok orang ngan pakwe2 ataupun makwe2 diaorang slalu macam bergembira. macam ada itu ‘closure’.

mungkin nasib menyebelahi diaorang. mungkin nasib blum datang lagi kat gua. baru gua ingatkan nak chope, skali dah diambil dar. memang betoi dalam lagu tu si abang ramli sarip ngah nyanyi “Jangan tunggu lama lama, nanti lama lama dia diambil orang..” ntah, tapi kalau tak nak tunggu lama lama kena cepat cepat kan? tak bleh rilek rilek kan? tapi nanti orang ingatkan kita nye hajat despo ataupun needy plak. haizz…apa dar nasib gue. tapi gua cuba relek jugak. pasal ni bukan kali pertama ni perkara berlaku. 🙂

dalam babak filem tu jugak, pabila si sudin nak balik, dia berjumpa ngan si zaiton kat blakang pokok kelapa. ah betapa gembira si sudin tu. harap harapkan gua dapt jumpa pokok kelapa tu. mungkin ada zaiton yang ngah menunggu.

jangan zaiton sameon jer yang tunggu suar.

ah, sebelum berakhir ni lagu skarang dah on the loop.

Sweet Charity (gua caya ah sama lu!) – Jangan Lama Lama

Apabila engkau berjumpa
Dengan seorang dara
Yang banyak memberi harapan
Dengan sepenuh jiwa
Jangan biarkan ia menunggu
Janganlah sampai ia berlalu

Jangan fikir lama-lama
Nanti lama-lama
Dia diambil orang

Sesal dan kesal engkau nantinya
Bila bungamu dirayu orang
Ke mana engkau akan mencari
Bila sang bunga melangkah pergi

Kerna tunggu lama-lama
Nanti lama-lama
Dia diambil orang

Apabila engkau berjumpa
Dengan seorang dara
Yang terlalu banyak meminta
Tiada menimbang rasa
Jangan dimanja atau dipandang
Walaupun hanya sebelah mata

Jangan tunggu lama-lama
Nanti lama-lama
Dia makin menyiksa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s