Gusti Pati Raden Adjeng Retno Dumilah.

jikalau korang meneliti, kita sering mengkritik kepada tahap kualiti filem-filem melayu. tetapi, alangkah bahagianya yang kali ini kita ingin mengisytiharkan bahawasanya kita sedang terpinga-pinga menunggu ketibaan filem melayu terbaru terbitan Tiara Jacquelina…

Puteri Gunung Ledang

baru ni kita telah menyaksikan diaorang nye gazette. paling pertama skali yang menarik perhatian kita ialah kualiti keluaran filemnya;permukaan filem adalah lain daripada filem-filem melayu yang telah diterbitkan sebelum ini. kebanyakkan filem-filem melayu yang lalu, termasuk filem-filem arahan si cik aziz m osman yang eksen mau jadi spielberg tiruan, sering menggunakan konsep video (agaknya lah tuh). permukaan filem nampak macam video blue yang tidak di “post edited” langsung. selalu macam ada garis-garis lah, salah edit lah, itu lah ini lah. tengok filem yang begini boleh membuatkan kita frust pasal selalunya penghijrahan dari satu “scene” ke “scene” yang lain macam tidak ada kualiti langsung.

tapi filem ini kita tengok dia nye permukaan filem lebih “bersih” . mungkin mereka menggunakan kaedah filem. dari permukaannya tampak sungguh profesional. kita tengok dia nye gazette jer dah macam terpegun. dalam hati, akhirnya, ada jugak filem melayu yang tampak ada klass.

tidak dinafikan para pelakon yang membintangi filem ini memang yang power2. ada m. nasir, datok rahim razali, christine hakim, sabri yunos, slamet rahardjo, alex komang, tiara jacquelina dan yang paling kita favret skali…SOFEA JANE! dah lama tak nampak dia memperagakan bakatnya di layar perak.

harap harapkanlah filem ini akan mencapai cita-cita memartabatkan filem melayu.

ah, cakap pasal gunung ledang..dah lama dah tak gi sana. mungkin pasal ni benda, nak gi sana balik. macam dah rindu balik kat wak yang ada warung kopi di segamat.

dah tu ajer.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s