Part 4 (ok last, last!)

Ok ni topik last untuk hari ini sebelum gua bertolak ke alam bercuti panjang dan berhooray2 beraya. PC di rumah dah buat hal jadi gua kerjakan habis-habisan ini PC kat kerja. Mintak2, PC tu boleh berfungsi tidak lama lagi, insyallah. Jadi sebelum gua berangkat, gua ingin mengucapkan Salam Lebaran Minal Aidil Wal Fa`idzin, Maaf Dzahir & Batin kepada lu orang sumer.

Tapi sebelum tu, last entry:

PERATURAN PABILA ANDA MENGUNJUNGI RUMAH TIME RAYA

1. Kalau boleh kunjungilah rumah yang paling tua dulu.

Jangan nak step “Hah, dia mesti datang rumah aku dulu pasal rumah aku lebih cantik daripada dia!” Hormat kena hormat, adik kena kunjung rumah abang dulu bukan tonggak tebalik.

2. Jangan nak step hero datang bila-bila masa.

Telepon lah orang rumah dulu. Jangan nak shoot ajer datang orang itu punyer rumah. Ada yang tak munasabah, mentang2 time raya, rumah asik terbuka ajer. Berpatutlah, takkan dah nak dekat pukul 2 pagi masih nak kunjung-kunjungi rumah orang. Member pun mau tidor per, raya tak raya.

3. Jangan nak act superstar bila kat rumah orang.

Tolong diberi perhatian, yang awak tu bukan sorang jer tetamu kat rumah tu. Jadi, kalau si tuan rumah tak melayan awak dengan sebaiknya, janganlah buat muka muram dan eksen step menghilangkan diri.

4. Jangan suka kacau benda2 tuan rumah.

Ah ni susah sikit. Pasal orang-orang yang gi rumah orang lain slalu macam jakun sikit. Bila dah jakun, mesti nak pegang. Tapi bila salah pegang, nanti kalau benda tu rosak lepas tu step macam buat tak tahu. Macam tu tak boleh angkat gua.

5. Jangan cuba dekatkan diri kat itu set Karaoke.

Memanglah ni time raya, lagu raya boleh menyerikan lagi suasana. Rasa macam semangat dia berkobar2 bila dengar itu lagu sumer. Tapi berpadanlah kalau ngah bernyanyi kat karaoke tu. Kalau suara dah macam Cikgu Bedah jangan lah syiok sendiri suara awak macam Zaiton Sameon. Berpadanlah, orang pun nak ada kententeraman. Yang pakcik2 yang gilakan karaoke tu, berpadanlah jugak, jangan bernyanyi sampai pukul 3 pagi berteriak tu lagu2 sumer. Orang rumah pun nak tidor woit..

6. Time amik gambar muka menten sikit.

Ni untuk golongan orang muda2 yang slalu singgah rumah2 members time raya. Ah, kalau dah datang beramai2 gi rumah orang, mesti ada sikit gatal nak amik gambar satu group. Konon2 untuk memori lah. Tapi posing janganlah sampai maut skali. Berpadanlah. Ah dan lagi satu, tak yah lah sumer rumah kena amik, lepas tu posing sumer sama, lepas tu post kat halaman web untuk sumer orang ketawakan. Malunyer…

Dah agaknyer tu saja. Slamat beraya!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s