Satu hari, tiga kali…

hujan telah reda
tanah masih sayu
hati belum lena
pasal kat kerja otak dah jadi buntu

apa gua buat ni hari?
ntah gua pun tak tahu
asik2 duduk di depan PC
duduk diam macam hantu

sampai bila akan jadi begini
gua berfikir
sedih kalau hari-hari macam ini
kenapa tak, gaji masih belum diukir

hari-hari pergi ke kerja
berpura-pura cuba bereksyen busy
bilalah sampai gua dapat bekerja
yang dapat bagi gua gaji yang tinggi

he he he

Advertisements

Selamat Hari Kanak-Kanak! (besok lah..)

jikalaulah boleh ku kembalikan masa
ku ingin membuat banyak perkara
yang ku idamkan
tetapi
tidak dapat ku rasa

kegagalan menyempurnakan impian
alangkah sempurna nyer
jikalau
diberi satu lagi harapan
untuk menikmati hidup
tanpa kesunyian
tanpa kebingunan
tanpa keheningan

untuk mereka
yang muda ataupun tua
sambutlah esok
dengan rasa gembira
tidak kira dimana
ataupun usia

kita hidup hanya untuk sementara
jadi, janganlah berputus asa
jikalau impian tidak
terlaksana

kebaikkan hanya akan diterima
kepada mereka yang berjasa
kepada diri mereka
yang iklas dan berwaspada

apakah harapanku?
untuk berhadapan pada suatu waktu?
ku tidak tahu
kemusykilan hanya dipapar di hatiku
yang berkalbu

mungkin suatu hari
mungkin esok hari
suatu lencana akan diukirkan
untuk ku genggami
dan memberikan harapan
secara semulajadi

Oh nasibku…

hari hari cik Dol ke kerja
hari hari Cik Dol merana
hari hari cik Dol bertapa
kerana mengapa orang orang di tempat kerja
macam kera baru makan kura-kura

asik-asik ada marah
sana sini tak nak mengalah
tinggalah cik Dol yang diri di tengah
entah apasal gua yang kena serah

entah apa nasib gua
duduk di dalam ofis tua
tengok orang semuanya muka
dah macam beruk kena sodom ngan gula melaka

beginilah hari hari bila kat kerja
menyaksikan pompuan pompuan yang cekik darah
gua fikir lebih baik gua rilek satu korner
tutup mata cabut telinga
dari bertengkar dengan mereka

Berkembali, oh, begini

Sudahlah lama ku telah menghilang diri
akhirnya ku datang berkembali
untuk meluahkan perasaan hati
di dalam lelaman ini

harap pada yang pengemar dapat berkongsi lagi
dengan hidup sharif dol ini
tapi kepada yang dah bosan dengan sidini
tak payarlah berkunjung lagi

gua menghilang bukan kerana patah hati
tapi gua kena pergi mempertahankan negara sendiri
iri hati
tengok orang jadi giler babi
kerana syiok sendiri

jadi harapkanlah gua
tetap mempunyai ilham
untuk berusaha
memberikan lu semua
keindahan alam

Hari Tak Masuk Akal

hari ini adalah ulang tahun ke-2 peristiwa “9-11”. dua tahun dah berlalu, jadi apakah reaksinya?

boleh dikatakan, gua fikir ini hari tak masuk akal. gua bukan extremis tapi jikalau dibandingkan denga peristiwa lain seperti ti Rwanda, Sudan, Bosnia, Chechnya dan lebih banyak negeri di perkarungan DUnia Ketiga, peristiwa 9-11 tidak berbaloi untuk dibandingkan.

tapi mengapa ia diberikan keluasan laporan media?

mungkin pasal ia adalah sebuah peristiwa “glamer”. tidak syak lagi lebih dari 3000 mangsa telah dikorbankan. tapi mengapakah peristiwa itu terjadi pada saat mulanya?

sampai sekarang banyak lagi misteri telah dibentangkam. seperti:-

1. macam mana orang boleh rakamkan peristiwa tu pada betul-betul saat benda tu terjadi? cun-cun plak boleh dapat angle yang baik-baik?

2. apa yang telah terjadi kepada kapal terbang nombor 4 yang terjatuh di pekan pensylvannia? apakah jaraknya untuk bertindak?

3. mengapakah segelintir sahaja bagunan pentagon ranap, walaupun impaksinyer sungguh kuat?

selang dua tahun, Encik Dubya, telah melaksanakan dua peperangan untuk menghapuskan “keganasan”. hah. apakah kemenangan beliau? dulu dengan sedaya upaya beliau telah melanggar batasan PBB untuk menceburi Iraq, dan sekarang pabila beliau telah ketandusan idea, beliau merayu lepada PBB untuk menolongi mereka. yang gua tak paham, mengapakah negeri-negeri yang lain sanggup memberi penyokongan terhadap Encik Dubya? tidakkah mereka berfikir, mengapa amerika diserang?

dunia tidak akan menjadi aman sekiranya mereka yang mempunyai kuasa yang besar tidak mempunyai daya pemikiran yang tulen.

jikalaulah peristiwa dua tahun yang lalu tidak berlaku, mungkin gua masih bekerja di sebuah syarikat penerbangan terbesar di singapura. haiz…citot buah laici betol..