“Asal kau tak joget? Bergerak lah!!”

itu satu ulasan dari gua nya member nye pompuan. gua masih beridiri tegak tengok nitin ngah membuat musik. tengok yang lain semua macam bergerak-gerak macam ada api kat bawah tanah.

gua heran.

asal kena joget-joget? lagu yang dimainkan tu semua lagu lounging, bukan lagu tripping.

jadi apa gua buat? diri jer lah, dan meyerapkan lagunya.

gua fikir 75 peratus mat-mat dan minah-minah yang menghadiri itu WOMAD akan terpikir, “Apa saks tu lagu?!”. Apakah tidak, member gua nya pompuan sendiri bertegur, “I kalau dengar ni musik, bleh jadi pening!”

mengapa?

pasal ramai lagi mat dan minah masih dibelungi oleh demam Ria dan Perfect 10. hanya lagu yang diselabungi di ruang udara yang akan degemari. gua fikir, jikalau ini WOMAD tidak diberi perhatian luas oleh pihak media, dan walaupun masuk percuma, ramai ini golongan mat dan minah akan keluar dari itu fort canning ngan berteriak, “Siak ah, apa saks itu musik!?”

jadi, apakah akhir katanya?

musik harus difahami. ia bukanlah untuk diberi tanggapan bahawa ini adalah pasarana dimana “cool” mesti dialami. lebarkan daya pemikiran dan resapkan segala pembangunan arena musik yang terkini. apa yang mungkin lu orang fikir merepek skarang, akan menjadi bahan hangatan 5 tahun akan datang. (mungkin 8 tahun yang lalu ramai yang terfikir, “siak ah apa ni musik drum and bass/breakbeat/acidjazz/lounge/nu-soul/rockbeat/hiphop/dan apa-apa lagi yang belum diberi ulasan besar-besaran di Perfect 10”.

pada mereka yang mengulaskan, “apakah si nitin tu ngah main?!” ataupun “merepek nyer!”, gua ingin mengimbas kembali…kasihan kamu orang.

106206470771275428

‘Our priority must be to save jobs for our people,’

– Mr Goh said in a televised speech in Parliament on Thursday after announcing
the most drastic changes ever made to the CPF.

wahai perdana menteri goh,

apakah kesebenarannya tentang ucapan itu? adakah ia untuk membentuk kekentalan semangat berpadu untuk kesemua pekerja Singapura? bolehkah pekerja Singapura hidup tanpa rasa ketakutan diberhentikan pekerjaan? mungkinkah pekerjaan yang ada akan diberikan kepada rakyat asing? adakah memotong simpanan rakyat diwajibkan? apakah dasar-dasar yang telah dilakukan untuk pemerintah buat untuk para pekerja sivilnya, yang termasuk para cikgu dan mat polis?

pemerintah mempunyai golongan pekerja yang paling banyak sekali di negara ini. dari para cikgu ke para menteri, dari para askar ke para polis. dan pemotongan CPF ini, semestinya, akan menguntungkan mereka kerana jumlah yang akan dijimat dari CPF tersebut. tapi, tidak seperti SIA, DBS dan SingTel, pemerintah tidak terus memberi ulasan tentang berapakah yang mereka akan berjimat tiap tahun.

ini yang membuatkan gua fedup. pasal pabila kalangan pekerja yang bekerja di bawah naungan privatisasi, para anggota sivil senang hidup senang wenang. (agaknyalah tu) ini terdiri daripada si mat/minah cikgu, polis, askar, CD dan sebagainya.

jadi, mengapa gua merungut?

pasal satu cikgu kat sekolah gua baru beli kereta pasal dapat wang pinjaman dari menteri pendidikan. nak kirakan 80 peratus cikgu-cikgu baru kat sekolah ni semua bekereta pasal diberi wang pinjaman. masa ngah susah, bleh ada chan beli kereta. yang kelakarnya, inilah harapan negara untuk mempelajari jiwa-jiwa yang akan datang. haiz..

Untukmu Ghasidah

Ghasidah: hoi disana!

Abdul Wahub: amboi cantiknya bahasa… apa disana mahu?

Ghasidah: disini nak beli kedai ini dengan disana disana sekali. berapa disana nak jual?

Abdul Wahub: oh perli ya sudahlah pergi balik

Ghasidah: disini tak mahu balik

Abdul Wahub: oh… apa? bapak disana hantar disana kemari suruh memikat disini ya

Ghasidah: ya memang bapak disini suruh disini memikat disana tapi disini tak ingin dengan muka disana tu

Abdul Wahub: eh cakap lawa konon apa disana pikir disana banyak cantik kalau muka macam disana tu disini sanggup jadi bujang lapok disini pun tak ingin dengan disana

Ghasidah: eleh muka macam disana tu sekali disini ketik sepuluh yang datang tau

Abdul Wahub: sepuluh yang datang tau… kalau sepuluh tua tua berjanggut nak mampus buat apa tau

Sabarina: abdul wahub…

Abdul Wahub: hello sabarina kekasih lama silakan silakan silakan sudah lama kita tak berjumpa ya sabarina saya ada record baru untuk sabarina

Sabarina: lagu apa?

Abdul Wahub: lagunya perempuan gila anak saudagar penipu

Sabarina: macam macam lah

Abdul Wahub: bagus lagunya kedai lain tak ada jual kedai ini aja

106205134307666780

Wahai sekelian..

!) Dapatkah antara kamu mendapat kesempatan untuk menyaksikan planet Marikh pada hari semalam? Jikalau yea, gua ucapkan tahniah pada lu. Yang tak dapat, takpe, cuba lagi. Cuba 2000 tahun lagi. (mungkin pada tahun tu SIngapura ada chan menang Piala Dunia).

2) Mana gua bleh dapat itu lithium battery untuk SOny Videocam? untuk pengetahuan, ini videocam bukan bangsa digital nyer, tapi yang legend kebabatnyer. (yang pakai tape lah) kalau tahu, bilang eh..(ini tak termasuk sungai road ataupun petaling st)

3) dah siap-siap untuk WOMAD????? jikalau lu orang nampak ada satu budak sewel/sot dot/selenge kat itu fort canning, besar kemungkinan itulah gua.

ok. mari kita berkembali bekerja.

106173818896565048

hello. berkembali.

Jadi apa yang telah berlaku pada hujung minggu?

gua gi itu ikea ngan maam. serang itu tempat pasal ada sale. :> boleh gila u bila ke sana!

gua masih nampak ramai orang masih lagi merungut. tapi, seperti biasa, gua, menonton implikasi kesosialan rakyat sejahtera.

gua tengok dalam laporan berita pada beberapa hari ini adalah tentang isteri Hambali yang disifatkan seorang yang membuat banyak cadangan untuk operasinya. fuh. macam-macam ye? dengan sungguh cepat explorasi tentang hidup beliau. tapi pada saat ini, pernahkah kita dengar satu ulasan dari orangnya sendiri? jikalau tidak, bagaimana kita rakyat biasa boleh merujuk jikalau ia benar ataupun tidak? gua harap-harapkan perkara berikut ini tidak akan membuat ramai penuntut-penuntut ataupun ahli agama diteliti dengan sungguh teliti.
tapi dengar desas-desus skarang ramai pegawai-pegawai telah dikerahkan ke banyak tempat pengajian ugama di merata pulau ini. berdoalah, tiada apa lain akan disensasikan.

merujuk balik kepada rakyat singapura, ada beberapa artikel yang menarik yang diterbitkan di suratkhabar pada hari ini. salah satu dari laporannya yang diterbitkan di The New Paper mengisahkan keresahan rakyat umum. ramai yang berkomen dengan resah hati betapa hampanya mereka terhadap pemerintah yang membuat keputusan tanpa mengikut simpati kepada mereka. berikut adalah dua dari ulasan mereka:

“It used to be you can’t do anything until the Government says you can. Now it’s you can do anything until the Government says no. Which one is better? You mean you want me to take the risk and do something, then the Government tells me that I cannot do it, and waste my effort? No way.”
– A man in his 50s who declined to be named

“I really would not know. I don’t even know what is allowed and disallowed in Singapore now. And what are the things the Government says cannot be allowed now?”
– Ms Shirley Pang, 21, student

cuba fikirkan betul-betul apakah reaksi mereka. mungkin lu pun ada reaksi sama. gua dah tinggal di tanah ini untuk 25 tahun. dan dari masa yang boleh dikatakan singkat itu, gua memperolehi inspirasi bahawasanya, kita, rakyat negara ini, sedang hidup di bawah illusi sebuah bilik darjah yang besar. semua telah diuruskan tanpa pengetahuan kita. cikgu darjah hanya akan ada kata akhir dalam segala urusan harian. mereka hanya akan memberi pertolongan exklusif untuk mereka yang boleh mengikut kata mereka. bagi yang lain, yang ingin membantah atau tidak boleh mengikut peredaran mereka akan dibiarkan begitu sahaja tanpa diberi perhatian. alasannya? kerana golongan ini konon-kononnya tidak boleh “dimajukan” ataupun “diharapkan”.

ramai rakyat singapura boleh dikatakan berfikiran “passive”. mereka telah dibesarkan dalam ilmu untuk menahan segala yang diberikan. suka ataupun tidak, mereka terpaksa terima. tapi ini semua bukan kesalahan mereka semata-mata. mengapa? kerana pemerintah tidak akan memberi laluan ataupun tidak diiktirafkan kesemuanya. selang berzaman, mereka terpaksa berdiam. bilakah akan ini berubah?

satu lagi laporan telah diterbitkan juga pada hari ini di dalam Berita Minggu. ada satu pra-kata yang sungguh membuatkan gua rasa geram dan bersetuju apa pandangan wartawan itu.

Tetapi apa yang kurang diterangkan ialah kos hidup di Singapura juga adalah berkali ganda lebih tinggi daripada di China dan India.

mengapakah keuuntungan sahaja yang difikirkan? jikalau benar GST akan dinaikkan, apakah implikasi untuk rakyat umum?

jikalau lu semua memberi perhatian, isu-isu yang dibebani oleh orang ramai hanya akan diberi ulasan sehebat-hebatnya pabila musim undian. jadi kita tunggulah apa mereka akan ulaskan pada tahun 2007.

oh yea. Perdana Menteri telah dilaporkan boleh memerintah dan menjahit. wow. mungkin satu hari beliau akan merekomendasikan sebuah sekolah khas untuk menjahit.

dan itu adalah akhir kata beliau.

tamat.

AMARAN!

ARTIKEL BERIKUT BOLEH MENDATANGKAN KEMELUATAN YANG KETARA KEPADA MEREKA YANG CEPAT TENSION!

Semalam itu drama Chemistry dah bis. kelakarnya, gua gemar tonton itu cerita. ntah asal. tapi gua suka itu howard. (ok, ok, jangan sangsi, gua STRAIGHT) dia kool. tak banyak act nak tunjuk lakonan dia bagus. cuma rilek dan steady jer. tak seperti pelakon-pelakon lain yang fikirkan lagi kuat dia ketawa ataupun berteriak, lagi bagus dia nye lakonan.

jadi apa lagi yang membuatkan gua suka tengok itu criter?

mungkin “intro design” dia menarik, mungkin lagu tema dia gerek, mungkin rui en cute. ooops. tak mavis lagi cute. double oops. tak mengapa. ini hanyalah drama bersiri lokal ketiga yang gua tengok, selain daripada Money dan, tentulah MASTERS OF THE SEA! (Harap dimaklum bahasanya VR Man tak digolong dalam arena drama bersiri. Itu adalah komedi bersiri.)

okay malam ni amazing race akan habis. siapa gua suka? tentulah gua suka reichen and CHIP! (lagi skali gua ulaskan gua straight.)

106148437347539193

membaca encik jon nicholson nyer artikel slalu membuat gua cuit hati. dia slalu ada banyak inspirasi untuk membuat tajuk cerita yang menarik.

untuk penyokong-penyokong liverpool fc disana, patuhilah apa yang diujarkan oleh encik jon. mungkin dia ada matlamat bagus di hatinya.

“Mari kita memberi sokongan padu kepada Encik Houllier!”

106143585292933655

Sheila Nicholls – Fallen For You

Falling for you
Did you ever see me,
Watching from periphery?
I was playing another game
I hoped you catch on all the same.

Falling from view
Did you ever touch me,
Floating through your potpourri?
I thought I felt your fingers once
After waiting all these months

But I was wrong, so wrong
That was just another song you wrote, for another girl
And I hoped the day could be
When you’d write a song for me

But it never came,
I thank you all the same,
But I’ll go now, so you won’t know how much I’ve

Fallen for you,
Pointless trying to be a man
Boy, you don’t know if you can
I thought I knew you well enough
But your walls are still too tough

But I was wrong, so wrong
That was just another song you wrote, for another girl
And I hoped the day could be
When you’d write a song for me

But it never came,
I thank you all the same,
But I’ll go now, so you won’t know how much I

Thought about you all the time,
Walking round, the Guggenheim.
Like a rhyme, in my mind,
There you are, in my car,
But we don’t drive very far.
To the beach, out of reach
Next to me… my fantasy

Falling for you
Did you ever see me,
Watching from periphery?
I was playing another game
I hoped you catch on all the same

106137349574527508

selamat kembali.

hari ini, gua telah menyedari, gua telah bikin satu perkara yang sungguh memalukan. gua ada bikin salah kat gua nya kerja, dan kerana kesalahan tu 130 orang telah dapat surat salah. besar saks itu kesalahan. mesti ini akan jadi topik perbualan untuk semua kalangan pekerja di tempat gua. tu tak per, gua rasa susah lagi kalau gua mau dapat gaji naik. bagaimana gua boleh sungguh “blur”.

satu lagi malapetaka ditimpa ke gua.

gua dah nak give up lah bradder. gua tak tahu asal gua buat kerja bodoh-bodoh begini. padahal gua cun-cun buat tu benda. mungkin nasib tidak menyebelahi ajer.

106126062051951497

ok begini..

gua kesian tengok bapak gua. ini semua gara-gara si dol tu membuat keputusan CPF tu. siang hari dia dah kena gi kerja. hujung minggu pun dah kena gi kerja. umur dia dah lanjut, tapi pasal keadaan begini dia kena kerja lagi keras. untuk apa? untuk melunaskan wang rumah yang gua nya keluarga ngah tinggal.

gua tengok ke hadapan, gua pun risau akan masa hadapan gua. macam mana gua mau tanggung semua ni? seperti si abang mas berkata, kita tinggal di negara “1st World” tapi gaji masih di dalam pertingkaran dunia ketiga. macam mana kita mahu hidup seperti begini? adakah pemerintah gembira tengok gua hidup di dalam keadaan sederhana sahaja, tanpa peluang untuk membangun diri sendiri? gua sudah berkira, dengan keadaan sekarang, gua paling mampu boleh beli rumah 3 bilik sajer, sedangkan para-para pekerja luar negeri diberi perhatian utama. ini yang membuat gua fedup, pasal diaorang ada tanggapan bahawa kalau lu nya muka ada macam orang putih, ataupun lu cakap macam orang putih, hidup lu makin senang. kita yang bercakap macam orang biasa tidak diberi perhatian pun. ye, pemerintah dah cakap yang diaorang dah bagi pertolongan secukup sedaya untuk menolong, eperti itu ERS dan SRS dan apa-apa S lagi. tapi buat apa? lu bagi gua tu duit sebanyak $1600, lu fikir gua bleh hidup?

gua memang akur bahawa sekarang ngah zaman susah. pemotongan CPF itu khas untuk syarikat-syarikat berteguh untuk menanggungi kos. tapi jikalau pemerintah ingin berbuat demikian, tidakkah wajib jikalau mereka mengurangkan kos perubatan perumahan, perkhidmatan transpot, pendidikan, dan bermacam2 lagi? apakah tanggung jawab mereka? untuk menolong rakyat sederhana seperti gua, ataupun untuk menguntungkan mereka? jikalau begitu, mengapa pemerintah singapura ingin benar2 sangat membeli global crossing sebanyak separuh billion dolar sedangkan rakyatnya sendiri sedang merana? apa telah terjadi kepada industri di bangolore dan suzhou? jikalau tidak difikirkan, adakah duit untuk membangunkan itu tempat semua adalah daripada duit cukai rakyat singapura sendiri?

cuba lu orang berfikir apakah mereka sedang buat.

jikalau ini berlarutan, rakyat singapura biasa, lebih baik keluar negeri, kerana yang sederhana tidak akan difikirkan lanjut.

106118074106814479

(ok sarip ngah fed the up!)

ULASAN RAPAT UMUM 2003

Bahawasanya, PM Goh telah membentangkan isu-isu yang akan menjadi keberatan kepada rakyat umum untuk masa hadapan. Dua isu berat telah dibentangkan. Mari gua ulaskan.

1. Perubahan sistem CPF

CPF akan disusun semula, termasuk kadar caruman lebih rendah, untuk memotong kos gaji. Apakah kebenaran berikut? Untuk memberi pertolongan kepada bisnes ataupun pertolongan untuk golongan rakyat SIngapura maklum?

Jikalau pembaca tidak memahami apakah kesan yang akan dialami, biarkanlah gua terangkan:

Pada masa sekarang, boss lu tiap-tiap bulan letak kepada dana CPF lu sebanyak 16% daripada gaji lu. kalo lu tak caya, lu tengok lu nya CPF slip. lu masukkan yang 20% sebahagiannya. skarang ni pemerintah nak potong itu kadar boss lu sehingga 10%. ini mungkin tidak banyak, tapi kalo lu kira sampai lu mampos kat kerja tu bila lu nya umur jejak 62 tahun, lu akan rugi sekurang-kurang nyer $60,000 dalam dana CPF lu. jadi, bagaimana lu mau enjoy lu nya masa bila dah tua kerepot? lu skarang, kalau berjimat, kena letak banyak lagi lu nya “disposable cash” dalam simpanan masing2. tak sial macam tu? jikalau tidak, habislah duit lu. gua bilang lu, kita semua dah hilang arah dalam pembangunan negara ni. semua akan ditoleransi oleh mereka sahaja.

2. PM Goh sahkan DPM Lee jadi pengganti

Ah, ni gua tak tahu apa nak cakap. ada baiknya, ada buruknya. mari kita imbas apa akan keburukkannya.

Pertama, ini negara dah jadi macam dinasti keluarga dia. jikalau dia amik tu tempat, kebanyakkan ahli kaum keluarga dia sedang mempopolori semua badan-badan penting di dalam negara ini. ini dah macam geng. lu orang rakyat biasa dah macam budak-budak kecik, mereka dah macam bapak dan maklu semua pasal diaorang pegang semua. tak rasa macam kena buli?

apakah kebaikkannya?

harap-harap harga rumah gua naik, pasal siditu gua nya Ahli Parlimen Kawasanundi gua lah. 😉

ok sebelum gua membebel lagi, gua lebih baik berhenti. selamatz.

106110628107330300

Feeder – Just The Way I’M Feeling

Love in, love out, find the feeling
Scream in, scream out, time for healing
You feel the moments gone too soon,
You’re watching clouds come over you.

Torn in two,
You close your eyes for some place new,
Torn in two

And I feel it’s going down,
Ten feet below the ground,
I’m waiting for your healing hand,
One touch could bring me round,
I feel we’re going down,
Ten feet below the ground,
It’s just the way I’m feeling

Glow in, burn out,
Lost the feeling
Bruise in, you bruise out,
Nurse the bleeding

Torn in two,
Each time we bruise

Yeah yeah, it’s just the way I’m feeling

Two different views,
As words confuse and break
I can’t get out,
There’s no way out of here,
I can’t get clear.

Love in, love out
Find the feeling.

Yeah, yeah, it’s just the way I’m feeling…..

106105469824082470

apakah erti cinta?

untuk menyergah?
ataupun menyerah?
untuk berkutuk?
ataupun bersekuluduk?
untuk membasmi?
ataupun berinteraksi?
untuk bertekan perasaan?
ataupun bersalaman?
untuk bertengkar?
ataupun beristighfar?
untuk menang pertengkaran?
ataupun menyelesaikan keangkuhan?

dalam erti itu
harapkanlah berhati jitu

jikalau asik ingin menyergah
biarkanlah ia beredar

apakah kesalahanku?
lelaki yang tidak berwaspada?
siapakah aku?
mungkin hanyalah seorang yang tidak bermakna