Berita Hairan

The Adventures of The Trying Too Hard Mat

Archive for the ‘Kemas mengemas’ Category

cat the cat

without comments

pada saban hari yang lalu, saluran lima ada tayangkan ini cerita pacific heights yang dibintangi oleh michael keaton sama mathew modine. citer dia (agaknyer) pasal si laki curang bini dan blah blah blah.

dalam satu part citer ni si mathew modine sama minah dia, melanie griffith, ngah mengecat rumah dia. saya memerhatikan, maccow, puay senang diaorang cat. dah lah tuh, time ngah rilek dari mengecat diaorang dua dua boleh sempat main atas lantai. hari kemudiannya, (ah zap!) satu rumah dah berkilat putih ngan cat yang baru.

jadikandaya, setelah menyaksikan itu senario, i pun dengan bersemangat lah nak mengecat ni rumah. sampai amik leave, you!

so niari i beli lah itu cat. u noe i nak cat stail camner? i nak kaler ni bilik ngan kaler oren dan putih! so the trainspotting kan?

jadi i pun cat lah the bilik, bermula dengan dinding utama. you see, i plan lah nak cat ni dinding yang ada partition babi sundal ni dengan kaler oren dan dinding yang lain sumer kaler putih. jadi nampak macam ada contrast cam tuh, u noe? tapikan, ada satu masalah. pasal ni dinding nye current warna kaler biru turqoise. macam kaler sulley dalam citer monster’s inc. so i tau ah sebelum nak cat, mesti ada problem.

and you know what? memang betul i nye tanggapan! itu cat (jenama nippon paint medifresh 5 liter harga dia 45 dolar) macam tak makan itu dinding. saya hairan ah apasal banyak barang2 dalam ni bilik semua takut ngan ni dinding. antara itu cat terlalu pekat, ataupun terlalu cair. so i stroke lagi ah itu part. cat punya cat punya cat sampai 2 jam, i tengok dinding utama blum lagi habis! dalam hati macam pasrah. bila nak game kalau masih camni.

dengan rasa hampa, i pun rehat sebentar. badan dah lah lesu, muka satu permukaan kena cat, satu bilik bau macam satu nye pahit. ni bau saya rasa orang yang suka hidu gam mesti happy babu giler. high terus.

bih camnerrrrrrrrrrrrrrrrrr?

i sedang mengatur satu strategi bagaimana nak tangkaskan masalah ini. harap diharap masalah ini boleh diatasi pada hari deepavali.

so agaknyer malam ni kena lah tidor kat bilik tetamu…

Written by Sarip Dol

November 8, 2004 at 5:54 pm

kemas bilik part 1

without comments

aduhai.

saya bersedih. sedih kerna keadaan bilik saya. nak tahu apasal?

1. pasal bilik dia sungguh kecil. nak letak barang barang pun susah. jadi pasal nak jimatkan ruang banyak sangat, bilik saya cuma ada a) katil, b) almari dan c) meja komputer. dah tu ajer. kalau saya letak lebih dari tuh, habis dia nye fengshui. abih dah lah tuh ni keparat hdb nye arkitek nye lah pandai, diaorang design kan ni dia nye tembok macam ada partition cam tuh. fedup dibuat i pasal susah i nak tolak sumer i nye meja and almari kepada tembok. skarang pasal ni partition suma, i nye meja dan almari macam berdiri tak tentu arah pasal macam diaorang berdiri ternganga malu nak cium itu tembok.

2. abih tu kan i nye meja ni dah jadi macam sarang lipas tau. i tak tau apasal entah. ni lipas diaorang macam enjoy berlari lari kat ni meja. lantai takde pun. apa ni meja ada hikmat ke kat diaorang? jadi semalam pasal nak membasmi kerajaan lipas, i pun kemas ah laci laci ni meja. tapi yang heran, tak juga jumpa lipas. sumer dokumen dokumen lama i buang. laci cuma tiga sajer, tapi sampah boleh muat sampai 5 plastik beg. hairan tak kesampaian camner i bleh sumbat sumer nikertas dalam 3 laci kecik. masih tidak berpuas hati, i pun polish ah ini meja. dengan mempergunakan kertas magic clean dengan pledge, saya lap nye lap punya lap sampai berkilat you! sampai i nye mak pun tengok itu meja pun sampai terpekik, “Wow! apa ko buat? letak air zam zam?” i pun buat eksen step ah. “tak mak. air ajer.” “macam baru!” dia jawab.

jadi i pun naik happy ah. meja dah bersih, lantai dah bersih (sedikit), so i pun duduk ah tepi meja tuh. sedang membetulkan pc (ah ni ada citer part lain), i nye mata macam ada perhatikan satu benda yang ganjil. i pun tolak perhatian ah kat benda tiu, sekali NAUUZUBILAH! masih ada lipas! eeek! apa ni lipas makan? halal foods brain booster ke?! itu time, i nyaris dah nak give up. macam hancur harapan nak menang peperangan dengan kerajaan lipas. lantas i denga itu baygon pun spray ah macam nak rak. pasal satu lipas satu botol nyaris2 habis. habis satu bilik bau baygon. selepas men-spray iu benda i pun ada idea. i sedar yang benda benda ini suka tinggal dalam rak punya railing. jadi i pun sprrrrrrrayyy ah tu benda. bawah meja pun i spray. tak nak bagi chan langsung. tunggu lima minit, ah ko, datuk nenek moyang diaorang pun keluar. i pun lonjak lah kegembiraan!. yey!

3. lagi satu benda yang buatkan i bingit ialah ni habuk. entah apasal diaorang ni macam boleh clone dalam sekelip mata. padahal baru mop ni, satu jam kemudian, habuk datang kembali. abih dah lah tu, buatkan i nye tapak kaki hitam ajer. apasal eh. ni rumah hantu habuk ke? eeee..seram dibuatnye.

ok i rasa sampai disinilah untuk sementara ini i kisahkan pasal rumah i. takper, pasti ada hal lain akan diceritakan pasal banyak lagi ruang yang blom dibuat.

hai rayer rayer…

Written by Sarip Dol

November 1, 2004 at 5:59 pm