Berita Hairan

The Adventures of The Trying Too Hard Mat

Archive for the ‘Rayer Raver!’ Category

hari raya – orang melayu keliru?

with 25 comments

tu lah, asik asik nak buang barang. skarang nak cari itu artikel dari berita minggu kang tak dapat jumpa. nasib baik ada sidini ada interpret kan. cyberita nye portal memang tak bleh diharap.

dan seterusnya, artikel dari encik zulkifli mohd sa’ad petikan dari Berita Minggu, Spektra Minda pada 27 September 2009.

Mungkin ada yang akan marah apabila membaca rencana saya ini. Namun, yang benar itu selalunya pahit.

Biar saya mulakan denga satu pertanyaan : Adakah Hari Raya Aidilfitri merupakan hari kebesaran orang Melayu atau hari kebesaran umat Islam?

Kita selalu denga bahawa Hari Raya adalah hari untuk memuji kebesaran Allah. Namun, tafsirannya akan meleret kepada perkara-perkara yang lain.

Mari kita sama-sama kupas satu persatu.

Read the rest of this entry »

Written by Sarip Dol

October 1, 2009 at 3:30 pm

Posted in Rayer Raver!

selamat hari raya 2009

without comments

P9201957

P9201975

P9212005

a bit sullen this year round, with much of the elders not around any more. raya is family, family is love.
not much of snaps, rest can be found here as always.

Written by Sarip Dol

September 25, 2009 at 12:15 am

under house arrest

with 2 comments

eh knn lah ni raya ads. asik asik pull the heartstrings one then make we all feel cam kita orang ni asik asik tak hiraukan si ibu bapa. how can! nanti satu hari i nak demand diaorang terbitkan yang si mak bapak plak yang mintak maaf kat anak anak diaorang, can?

but some of the comments damn funny lah:-

…tiba-tiba anakku bertanya soalan yang sama berulang-ulang kali, demi kasih sayangnya suamiku menghentuk kepala anakku di pangkal pokok durian sambil menjerit histeria “tis is the f***ing burung murai!pegi ambik cangkul korek telinga!”…aku tersenyum melihat telatah mereka…

…Burung apa, bah..?
Tiba-tiba suamiku menjawab, “Ekau ni pokak ko bangang hah!
Dengan amarah suamiku melastik burung itu lalu menjadi lauk burung puyuh.
Semasa makan anakku bertanya lagi,
burung apa, bah?
Burung puyuh nak…”

but damnit lah, dat sudirman song kills me lah…

anyways, the first 2 days of raya dah over (YESSAH!). 2 days of the rocky horror show was re-enacted kat hougang. kids screaming, kids running around, kids crying, kids banging equipment, kids throwing food around, kids banging on my neighbour’s door to scare off the dog, kids crying late into the night, kids this kids that…

oh my. it’s so confirmed i don’t want kids. in. teh. house.

and i suddenly developed this affinity to dishwashing. don’t know why. but it felt good to have the kitchen sink looking clean! and tell me who vacuums the house at 1 in the morning? i hope the neighbours are not sharping their knives now…

anyways, dasar pasal kepandaian aku yang amat sangat, i itched myself to use that super old konica tc-x film MANUAL kahmerah yang didapati di cash converters dengan harga hanya $30 sahaja for the raya pixs. pasal as always nak different. konon-konon nak kool like that lah cam tuh. ah kau, satu gambar pun tak kluar pasal the shutter dia tak bukak kaper. knn betol. so ada satu gambar sajer.

Read the rest of this entry »

Written by Sarip Dol

October 16, 2007 at 7:48 pm

Posted in Rayer Raver!

yeay yeay besok raya!

without comments

so pap pup pap pip besok dah raya. betoi nye cepat, baru cam smalam baru start posa teringat pasal singapour kena tremors. mintak mintak posa ni “diiktirafkan”. as always tiap tahun semangat berkobar-kobar nak gi terawih tapi expired lepas dua minggu pasal i ni memang tetap mat geylang kan. so in this past 2 weeks jer i dah pergi, entah lah beberapa kali owedi. jakun nak raya lah kan…sia sia nama i aidil.

ah kang bila kat geylang tuh i adalah observe macam macam. you all asik asik observe perkara tak senonoh, i observe lain. i adalah nampak ni kan apasal lah ramainye orang pakai baju polo yang dia nye logo kuda besar kedebar kat dada tuh. kat bazaar ada sale ke sampai i nampak 7 dari 10 orang pakai benda kapluak tuh. or mungkin i asik ternampak orang sama jer kot…

and another one more thing, i rindu lah itu pasar lama. yang block satu dua tiga. yang tempat baru tuh masih tak hardcore lah. tak stim sangat. takde lorong lorong kecik cari kedai kedai ala stail city of god kat blakang pasar tuh. and i pun musykil apasal air kathirah skarang macam *tak-boleh-make-it-anymore*

tapi tak per. skarang nih nak hujan. mungkin besok pun hujan (yahoo!) misti traffik jam lah, takde tempat letak kreter lah, makcik pakcik satu komplok basah kuyup masuk rumah ngan payung basah basah tak habis habis diaorang swing swing konon konon boleh kering lah. tapi at least sejuuuuuuuuuuuuuuuuuk skits. tak lah berpeloh peloh and tak yah kelam kabuts so i can rilek rolek and makan as many as i mau. only thing, ni tahun baju karer cream. so kena berhati hati sikit. tak glamer kot nanti ngah makan lontong cums sate cums i nye all time favrit si sang lepat campur ngan sambal tumis (adoi!) terjatuh plak kat baju tuh. tak cam tahun lalu jadi barney the dinasour, baju kotor tak obvious sangat kan. tapi takper, misti bleh menten nyer.

ok so besok kena lah gi jengok jengok tuh rumah sumer. and i think they all dah tak akan tanya the same question lagi. i think diaorang will ask, “kalau ko tak kawin, aku tak akan bagi aku nye inheritance!” nye warning pasal rasa i diaorang sumer dah give up kat i. we’ll see how eh. i cuma nak baca majalah gila gila and ujang and enjoi i punya lepat ajer.

and the kids you all jangan ngada ngada kalau uncle dil bagi duit sikit. dah bagus tuh dah dapat. and yang dah tua bangka tak sedar diri masih nak duit raya ah nanti akan diberi ngan sampul surat camnih.

img_4641.jpg

oklah, sampai disini sahaja. pada mereka yang fikir as bulan posa dah bis so bleh gi balik hooray hooray, all the best. pada yang lain, SELAT HARI RAYA MAFS ZAHIR BATS.

and ditujukan lagu ini untuk sumer. slams!

Written by Sarip Dol

October 12, 2007 at 4:01 pm

Posted in Rayer Raver!

haus kleaning

with 2 comments

nota: sapa nak bet dalam 3 tahun ni si angkasawan tuh akan jadi datok nye besar dapat tawaran jadi model zaiton sama tairu majapahit? mak oi, rtm buat dia nya ulasan macam melampau oi..dari pagi sampai tengah malam! agak agak lah sikit kot…kalau nak bangga tak yah lah sampai gituh..satu orang jer pigi..bukan satu negari…

ni tahun, iklan petronas cam tak best sangat lah. apa siot letak cik pon dalam iklan walaupun dia nye mesej memang bagus lah. tapi takper. at least tv3 nye ngan si adibah noor nye oraight sikit.

 

pada mereka yang ngah kemas sana kemas sini roma lepas tuh mengamuk pasal itu kotoran masih tak hilang hilang walaupun dah berus seratus kali ngan letak klorok sampai 4 baldi….jangan hirau, jangan risau. meh kita gunakan itu cuka untuk bersihkan ni benda sumer..tawakal sajalah eh…

Read the rest of this entry »

Written by Sarip Dol

October 11, 2007 at 12:36 pm

Posted in Rayer Raver!

dari eon untuk semua

with 5 comments

dari kecil, ku gemar menonton iklan-iklan dari petronas sempena sambutan aidil fitri. sering iklan mereka menyuarakan erti sambutan perayaan tersebut dengan emosi yang menyayat hati.

pada tahun ini, petronas menyiarkan kisah sepasang suami isteri yang membawa kembali ayah yang sakit untuk tinggal bersama mereka sempena kesambutan aidil fitri. walaupun mesej pada iklan pada tahun ini adalah seiras dengan yang pernah diterbitkan pada tahun-tahun sebelum ini, ia tetap relevan untuk menyampaikan iktibar untuk penonton supaya jangan mengabaikan percintaan kepada orang tua. syabas kepada mereka yang merekakan iklan-iklan bergini.

klik disini untuk menyaksikan klip iklan petronas untuk aidil fitri 2006.

antara klip pada tahun-tahun yang lalu.

hari raya, hari gembira
walaupun usia semakin senja
memori tetap sedia ada
untuk disimpan untuk selama lamanya

itulah hari maaf bermaafan
titisan air mata, titisan keheningan
titisan kesyahduan, titisan keinsafan
titisan percintaan, titisan kewibaan

takbir bergema, jiwaku bernyawa
takbir bergema, air mata diterima
takbir bergema, kemaafan ku menerima
ayah dan ibu, ku dakap dengan rela

sarip disini ingin memohon maaf kepada pembaca jikalau ada silap ulas dan kata sebelumnya. salam aidil fitri, minal a’izin walfaizin.

Written by Sarip Dol

October 19, 2006 at 1:11 am

Posted in Rayer Raver!

kassim tak selamat

with 6 comments

i just only realised, malays are vair dangerous people.

how so?

does it occur to anyone else that hari raya is the only celebration, here and around, which greets them with ’selamat’ (safe/take care) – when from my understanding others celebrate theirs with the greetings of ‘happy’ or ‘merry’ or anything that has to do with the emotions of happiness.

now how did this come about eh? eh? eh? what happened actually in the beginning? who derived it to ’selamat’ and not ‘meriah’ or ‘ceria’ or (for goodness sake’s) ‘riang ria’?

something must be really fishy in this malay language. so convenient hor they substitute one thing and just put it up as part of its grammar. such as, “eh orang apa tuh yang kat dalam hutan???” will ultimately be answered with “oh, itu orang hutan..” and same goes to the babi too. like, too convenient kan?

and speaking of these raya celebrations, imma kinda irritated tau when guests come in their busloads, hogged the house for hours, not moving much to help around…you get the picture. next year if these convoys come about, i’ll designate a ticket for them to not overextend their stay and rationised their food consumption.

and NO CRYING KIDS!

maybe that’s why they greet with ’selamat’ to take care of events like these…

eh ada gambar lah. dari slogan aziz cool (hyuk!) – “simple ajer”.

normally yang orang kena amik gambar kan yang malu, ni yang si photographer plak yang malu. apa nak jadi ngan hang pun tak tau.

al-kisah…

Written by Sarip Dol

November 7, 2005 at 4:26 pm

Posted in Rayer Raver!

hari ini, hari itu, hari kemudian..

without comments

di raya aku berjalan
bersama ibu, ayah,
berpimpin tangan

ku menziarahi ke rumah mereka
saudara mara, datuk di semerata
singapura

walaupun tidak semeriah seperti dulu
oleh kerana ramai telah pulang ke alam restu,
tetapi tetap disambut, secara meriah,
bersama saudara mara, ayah dan ibu

apa akan terjadi pada masa hadapan,
tidakkan ku tahu,
mungkin kesemua akan berpisah,
mungkin kesemua akan bertelagah
tetapi apa yang akan terjadi,
ku akan tetap ingatkan dalam memori
memori menyambut raya,
dari kecil hingga ke dewasa
semua ingatan, ketawaan, persalaman,
akan disimpan untuk diingati
untuk dikongsi, dan dihayati

Written by Sarip Dol

November 3, 2005 at 8:49 pm

Posted in Rayer Raver!

raya raver part 1

with 3 comments

hari raya hari mulia
harap semua akan bergembira
saya takde kad untuk dirata
harap yang kat atas cukup istimewa

salam raya
untuk semua
dari saya
cik dol sengketa

*****

pada para penyambut raya yang lain yang inginkan sesuatu yang lain dari yang lain, apa kata anda memperolehi tenaga gaya baru yang sensasi ini.

gerenti tetamu sumer akan kagum akan aksi anda.

cuba lakukan ini pabila tiba di rumah yang ramai awek awek yang cun cun. gerenti memuaskan hati anda.

Written by Sarip Dol

October 31, 2005 at 1:25 pm

Posted in Rayer Raver!

mat kaset

with 12 comments

orang gi geylang gi beli baju raya, persiapan raya, makanan, macam macam lah untuk benda keperluan.

gua gi geylang gi beli nih.

abang yang jual tuh benda pun hairan. abang rok tengok gua pun dia kepala pusing.

“apa tuh dik beli? kaset nasyid eh?” abang rok tuh bersapa.

mak gua tengok gua beli benda tuh pun hairan. dia fikirkanlah ada barang yang boleh dipakai. gua rasa dia dah macam malas nak layan karena gua lagi.

“lantak kau lah dol, ko pun dah besar.”

ah, ntah apasal alih alih gua macam kemaruk kat ni hobi pulak – kumpul kaset kaset tep. boleh main atau tak gua tak heran. jadi sekarang gua mau buat satu pemohonan kat lu semua – kalau lu orang masih ada simpan tuh benda – tak kira dah bercendawan gila ataupun dia punya casing dah macam rabak sampai sial – bilang gua. kita boleh runding pasal dia punya penghargaan.

oraight? cabuts.

Written by Sarip Dol

October 30, 2005 at 12:55 am

Posted in Rayer Raver!

oh no, mr dol does it again…

with 5 comments

i would not want to get involve in another malay-are-we-there-yet debate, but sometimes this fire just won’t be put off.

this fasting month, i know everyone WILL visit geylang and do the shebang. and i know there WILL be parts of our society, mainly youths, who will make their appeareances to the public. you know the ones who sits at the sidewalks with tatoos, walk in groups and shouting without any inhabitions, creating a scene. i guess you know what i am talking about.

they say these youths are a sham. they pinpointed these delinquents are the bad seeds of our society. they proclaim these youths are destroying our image as a society who are deemed as gracious and well-mannerred.

now i’ll say it’s got a point. but to say that these youths will create a bad image on the malays somehow creates a sore thumb-who-may-need-a-sweater(registered to bedok reservoir) in my judgement book.

if the malays, or whatever lah they want to call themselevs (sometimes jawa, boyan or those halves and quarters who doesn’t want to admit themselves malay but had enjoyed a school life of free education), want to criticise these youths then they have to look back at themselves. like, totally. now for all we know, lots of people visit there mostly at nights and if i want to put this matter on a bigger scheme of things, why are they there in the first place? isn’t it better a place to not visit it in the first place and to rather do the terawihs or whatever readings and not walking around the bazaar looking for that carpet, or beddings, or that new piece of clothings, or worse…food?

i find it sometimes ironical for us malay people to say that loud after buka and then observes these youths and proclaims these people are supposed to be ashame of themselves when their only priority is to get a table to sit down at their favourite food place while prayers are being blared upon. and i can tell you that counts to a LOT of people.

i am not religious. i do indulge to my desires, and probably i may end up nowhere. but during fasting months, it usually brings upon this thing in me to observe our society, the good and mostly bad things.

if people generalizes that these youths are showing a bad example to our society, then can i also generalize that the people at the bazaar on the whole who are honking, and walking, and bargaining from 7pm till 1030pm are also a sham to our society because it is clearly stated from sermons that this is the time of the year to do your *thang* to him? people may argue that these people are finding income and also doing preparations, but hey it’s not a perfect world ain’t it? everyone generalizes, so can i.

my sole point is, let those kids do their thing. only their concience can shake them off. even if they don’t have, well, just leave them alone. the next best thing, just don’t go to geylang at all. and if you are ashamed that these kids are tarnishing the “squeky clean” malay image, why not you just go up to their faces and hit them on their heads with your brand new bazaar purchase, or with that ayam percik. of course after putting down your gucci handbags or those designer togs.

and i am not surprise in regards to the TAA meagre collection so far. i have not donated to them for, let’s see, the past 10 years? and why you may ask? i’m a scrooge? partly, but also partly the reason being i don’t like donations who parades itself into a glamorised entity in the hope of bringing in more money. mass campaigning, opening spotlight blarings are not what donations supposed to be. let’s go back to the early days when it was first started up when there was no hysteria in this TAA thing. people will donate until this conglomerate that is them will subside and focus on its main issue. publicity can only get donations so much, but desire to actually help is another.

Written by Sarip Dol

October 17, 2005 at 1:46 am

rombongan raya (lagi!)

without comments


adakah anda mempunyai masalah beli / jual rumah?


sering melalui berbagai panca roba dan kebingunan oleh isu perumahan?


usah resah, usah ragu. kerna skarang dengan pertolongan chuck nooris consultants masalah perumahan anda akan dibantui dan diselesaikan. agen agen kami telah diiktiraf dan kami akan menanguni segala isu isu perumahan anda. agen agen kami di chuck nooris consultants mempunyai keahlian dan pengalaman yang telah diuji. hubungilah kami jikalau anda ingin mendapat keterangan lebih lanjut.


kami, di chuck nooris consultants juga memberi khidmat ubah elok ke rumah anda. kami telah mendapatkan khidmat syarikat reka bentuk terkemuka, hamid bros pte ltd, untuk mengubahsuaikan dekor rumah anda, mengikut citarasa zaman ini.


para pelanggan kami telah memberikan berbagai kepujiaan kepada keberkesanan agen agen kami menghuraikan isu perumahan mereka.

jadi, apa lagi, hubungilah kami sekarang juga!


ditanggung beres!

Written by Sarip Dol

November 29, 2004 at 11:37 pm

Posted in Rayer Raver!

boria inc.

without comments

dengan artikel artikel camni, macam mana tak cik dol asik cirit birit time sebelah pagi pabila bersarapan.

tapi, LU SLIM AH BEB!

let’s gone!

Written by Sarip Dol

November 23, 2004 at 9:17 pm

Posted in Rayer Raver!

shutterraya

without comments

hello kawan kawan!

hari ini abang dol nak berkongsi sama kawan kawan gambar abg dol semasa beraya.

(yeay!)

bermula dengan ini..(terdengar suara sudirman)

ah itulah cik bahrum sama cik ramlah ram. tukang bikin nasi beriyani jagong sama kuih muih.

di rumah abg dol ni sering ada dua budak kecik berlari sana sini. kadang-kadang buatkan abg dol bikin darah up. dipersilakan…

diaorang masih tak puas, jadi kat tangga pun diaorang nak amik gambar.

ah, selalunya pabila tetamu datang ke rumah, abg dol slalu sembunyi dalam bilik. tetapi kadang2 abg dol kluar jugak pasal dipaksa. jadi pada suatu hari pabila abg dol kluar, dipetiklah beberapa gambar.



ahh..lepas tuh, pada hari sebelumnya, ada sekumpulan anggota kumpulan membenteras halaman ini. berikut adalah seberapa yang dapat dikhaskan.



dan yang last,

zapppppp.

dah tu ajer. bye.

Written by Sarip Dol

November 22, 2004 at 11:54 pm

Posted in Rayer Raver!

anugerah rayer raver!

without comments

dan tibalah harinya dimana beta dah berkembali ke kerja. datang ajer kejer punyerlah berlambak mak laun. tapi gua tetap rilek. sip sot sot sot sip, by the time kol dua dah bes. amacam, bleh jadi pekerja contoh untuk tahun ni tak?

jadi skarang, bila kerja dah bes, dah bleh rilek rolek skejap, jadi lungsurilah lelaman orang orang. ah dan tidak terasa terpegun nye beta, yang bahawasanya orang telah meletakkan gambar gambar raya mereka.

dan disinilah yang dimana beta ada inspirasi untuk membuat satu pertandingan “sure hebat raya raver!” berdasarkan gambar gambar yang ada. berikut adalah sebahagian dari kategori yang akan diluahkan:-

1. baju kurung yang paling stailo milo. kaler mana yang paling popular ni tahun. (harap harapkan hijau terang benderang!) songkok stail mana yang paling hot. selendang mana yang paling OW! dan brooch mana yang paling kilat.

2. pasangan mana yang paling semangat ada pakaian boriah dari hujung rambut ke hujung kaki. kalau nak dimasukkan ahli kluarga pun boleh. tapi tu akan digolongkan dalam kategori ‘keluarga beli kain langsir 20 ela jadikkan baju’.

3. budak yang paling cute. sudahlah disahkan, kalau dalam perayaan tak sah kalau takde gambar budak yang boleh dilabelkan sebagai – c o m e l. tapi ini kategori tak akan dimasukkan jikalau dalam gambar tu ada terselit muka sendiri pasal tu tak bleh dikongsi dalam kategori comel. itu bleh diletak dalam kategori ‘cewek paling bayek’ ataupun ‘dah tua nak eksen cute’.

4. gambar posing sedara mara yang paling maut. yea lah kan ni lah masanya peluang untuk melebarkan publisiti khas kepada masyarakat umum akan ahli kluarga mereka. pasal dalam zaman millenia nih, kawan lebih rapat dari sedara sendiri. tol tak?

5. gambar kuih muih yang paling banyak. blog kalau takde gambar makanan memang tidak sah!

6. rumah mana yang ada skirting dinding yang paling power. kalau dah roma melayu, mesti ada skirting kat dinding. skirting mana yang paling stail. oh tidak luper juga kornis dan kabinet dapur dan sofa dan meja makan nye kain alas.

7. langsir yang paling masyallah powerkedemak. apa lagi melayu tetap melayu. no langsir – no go!

8. yang paling banyak letak gambar. ni kategori bangsa longgokkan saja sumer gambar yang diambil. ni berdasarkan kepada kategori ISO quantity-don’t-give-a-damned-quality.

HANTARKANLAH NOMINASI ANDA KEPADA SAYA!

Written by Sarip Dol

November 17, 2004 at 3:15 pm

Posted in Rayer Raver!

mat rayer raver

without comments

ah dah sampai hari kedua raya.

anda ingin tahu apasal ni ngah raya saya masih kat depang ni pc? ah simple jer, pasal saya malas nak layan tetamu kat luar tuh. orang datang ajer, saya salam, cakap hi, makan sikit, trus (BAM!) masuk bilik. puay ramai orang. dah macam perang dunia kat luar tuh. seram dibuat gue. ni lah kalo dah selalu sangat tinggal roma sorang sorang; bila alih alih ramai orang kat roma kita jadi tikus kecik masok dalam lobang kat dinding macam dalam kartun tom and jerry.

ah seperti biasa tuh time raya jumpalah itu makcik, ini pakcik, itu sedara, itu sedara sedara jauh yang dah lama tak nampak alih alih dah jadi power, dan anak anak saudara. jadi saya duduklah kat situ. duduk nye duduk, adalah orang orang pun bersapa. tu tak per, baru kita nak rilek one korner ngah betolkan ni baju kurung yang baru yang cekik darah yang terkoyak sikit pasal kain dia halus sangat sama kain songket yang tak bleh carry pasal asik nak meleret ajer, pakcik pakcik kita pun startlah bebual.

pakcik: “ah skarang ko keje katner?”

eh eh pakcik pakcik. kalo jumpa aku ajer takde soalan lain ke nak tanya. dah bertahun tahun beraya, agenda tetap sama. abis tuh bila satu dah start, semua masok skali. yang paling perit skali ni pakcik pakcik semualah abang abang sia. ah start lah deoarang bebual pasal itu lah pasal ini lah pasal bila lagi aku nak masok sana balik dan bermacam macam lagilah. kalao boleh saya nak merakamkan ni benda jadi bila raya tahun depan saya bukakkan tv, masukkan CD kasi deorang tengok apa yang telah diperbualkan. idea jugak eh.

bih kalau si pakcik pakcik asik berbual pasal kerja lah, ekonomi lah, politiks lah, yang makcik plak aim perspektif baru.

makcik: “bila nak kawin?”

eh eh makcik. nasib baik saya tak terbegik itu kuih yang bentuk dia macam star tapi sedap pasal ada kacang gajus sama ada keju sikit. ni lah kali yang ke-49687 korang tanya. kalau boleh saya nak menjawab camni,

“cik anak cik power. bleh buat skandal?”

ah baru dia tau camner rasa nak terbegik.

saya ni bukanlah tak suka berayer beb. tapi tiap tiap tahun ni raya macam sama ajer. dah macam groundhog day. plot sumer dah tahu. seperti camni..

1. BAPAK tuh asik asik nak kelam kabut. dia macam terfikir ni raya gi roma orang orang macam pertandingan amazing race. baru sampai roma orang dah plan nak gi roma mana plak. chill lah bah..

2. si ibunda plak asik tengok kuih kat roma orang lepas tu tegurkan saya bila mata saya dah nak tertidor pasal dah boring sangat

3. nak bebual ngan sepupu tapi susah pasal MAK BAPAK diaorang sumer ada jadi kena jaga batas sikit tapi pasal tu diaorang sumer dah macam tak kena gaya lagi.

4. makanan sumer masyallah pekat pekat belaka. kucing tengok pun ada sakit jantung. jadi saya dengan sopanlah cakap takper cik, pasal perut dah kenyang.

5. topik perbualan yang sama.

6. pemandu teksi yang apek ni sumer bila amik orang sumer cakap happy new year.

dan last

7. cewek cewek yang pakai baju kebaya yang sungguh wow/bayek/jack to tha max.

ok dah tu ajerlah agaknyer.

Written by Sarip Dol

November 15, 2004 at 6:40 pm

Posted in Rayer Raver!

110034078458961657

without comments

ok skarang sumer dah settle.

dari pagi hingga ke petang, skrub nye skurn, cuci nye cuci, spray nye spray, habis juga ni mengemas. skarang ni kulit tangan dah kering kontang, dah macam ular sawa nak beranak nye kulit.

bih tu kan saling mengemas/mencuci ni rumah, adalah kita ni mendengar radio warna.

i tell u kan, macam macam karenah ada kat ni radio.

1. ada abang lembut lah yang ngah buat kuih
2. ada kak pah yang suara dia asik terkluar ajer tiap tiap 10 minit yang bernangis pasal tak mampu nak kasi anak dia melawa tapi rasa ok sikit pasal dapat duit dari TAA
3. makcik (bih kadang2 pakcik you!) yang mula mula suara menten tapi lepas tuh terus berderai air mata
4. makcik2 yang blur macam sotong rebus bila suara dah kat udara abih tu asik tanya khabar dj walaupun itu dj dah menjawab soalan seperti tu dah nak dekat dua jam
5. dj yang eksen loyar buruk bila pendengar dah ke udara – “amboi mesti sedap itu rendang iyer cik enon?” eeek.

tapi entah, kalo tak dengar radio warna macam tak sah. dari dulu hingga sekarang, dari pasir panjang hingga ke ang mo kio, tidak dilapuk zaman.

mungkin satu hari saya akan cuba jadi radio dj warna yea? apa kata awak?

saya: ah tu dia pendengar lagi satu. what say you?
makcik pendengar: apa nak? you?
saya: yeah you! apa ucapan khas anda sempena raya ni?
makcik: ah? ah? tak dengar nak,
saya: -cuts line off-

mesti banyak orang buat komplen nye. nauuzubillah.

ok slamat rayer!
pasal raya ni danger.

Written by Sarip Dol

November 13, 2004 at 5:46 pm

Posted in Rayer Raver!

satu hari ada kad rayer

without comments

Written by Sarip Dol

November 12, 2004 at 2:33 am

Posted in Rayer Raver!

cat the cat

without comments

pada saban hari yang lalu, saluran lima ada tayangkan ini cerita pacific heights yang dibintangi oleh michael keaton sama mathew modine. citer dia (agaknyer) pasal si laki curang bini dan blah blah blah.

dalam satu part citer ni si mathew modine sama minah dia, melanie griffith, ngah mengecat rumah dia. saya memerhatikan, maccow, puay senang diaorang cat. dah lah tuh, time ngah rilek dari mengecat diaorang dua dua boleh sempat main atas lantai. hari kemudiannya, (ah zap!) satu rumah dah berkilat putih ngan cat yang baru.

jadikandaya, setelah menyaksikan itu senario, i pun dengan bersemangat lah nak mengecat ni rumah. sampai amik leave, you!

so niari i beli lah itu cat. u noe i nak cat stail camner? i nak kaler ni bilik ngan kaler oren dan putih! so the trainspotting kan?

jadi i pun cat lah the bilik, bermula dengan dinding utama. you see, i plan lah nak cat ni dinding yang ada partition babi sundal ni dengan kaler oren dan dinding yang lain sumer kaler putih. jadi nampak macam ada contrast cam tuh, u noe? tapikan, ada satu masalah. pasal ni dinding nye current warna kaler biru turqoise. macam kaler sulley dalam citer monster’s inc. so i tau ah sebelum nak cat, mesti ada problem.

and you know what? memang betul i nye tanggapan! itu cat (jenama nippon paint medifresh 5 liter harga dia 45 dolar) macam tak makan itu dinding. saya hairan ah apasal banyak barang2 dalam ni bilik semua takut ngan ni dinding. antara itu cat terlalu pekat, ataupun terlalu cair. so i stroke lagi ah itu part. cat punya cat punya cat sampai 2 jam, i tengok dinding utama blum lagi habis! dalam hati macam pasrah. bila nak game kalau masih camni.

dengan rasa hampa, i pun rehat sebentar. badan dah lah lesu, muka satu permukaan kena cat, satu bilik bau macam satu nye pahit. ni bau saya rasa orang yang suka hidu gam mesti happy babu giler. high terus.

bih camnerrrrrrrrrrrrrrrrrr?

i sedang mengatur satu strategi bagaimana nak tangkaskan masalah ini. harap diharap masalah ini boleh diatasi pada hari deepavali.

so agaknyer malam ni kena lah tidor kat bilik tetamu…

Written by Sarip Dol

November 8, 2004 at 5:54 pm

kemas bilik part 1

without comments

aduhai.

saya bersedih. sedih kerna keadaan bilik saya. nak tahu apasal?

1. pasal bilik dia sungguh kecil. nak letak barang barang pun susah. jadi pasal nak jimatkan ruang banyak sangat, bilik saya cuma ada a) katil, b) almari dan c) meja komputer. dah tu ajer. kalau saya letak lebih dari tuh, habis dia nye fengshui. abih dah lah tuh ni keparat hdb nye arkitek nye lah pandai, diaorang design kan ni dia nye tembok macam ada partition cam tuh. fedup dibuat i pasal susah i nak tolak sumer i nye meja and almari kepada tembok. skarang pasal ni partition suma, i nye meja dan almari macam berdiri tak tentu arah pasal macam diaorang berdiri ternganga malu nak cium itu tembok.

2. abih tu kan i nye meja ni dah jadi macam sarang lipas tau. i tak tau apasal entah. ni lipas diaorang macam enjoy berlari lari kat ni meja. lantai takde pun. apa ni meja ada hikmat ke kat diaorang? jadi semalam pasal nak membasmi kerajaan lipas, i pun kemas ah laci laci ni meja. tapi yang heran, tak juga jumpa lipas. sumer dokumen dokumen lama i buang. laci cuma tiga sajer, tapi sampah boleh muat sampai 5 plastik beg. hairan tak kesampaian camner i bleh sumbat sumer nikertas dalam 3 laci kecik. masih tidak berpuas hati, i pun polish ah ini meja. dengan mempergunakan kertas magic clean dengan pledge, saya lap nye lap punya lap sampai berkilat you! sampai i nye mak pun tengok itu meja pun sampai terpekik, “Wow! apa ko buat? letak air zam zam?” i pun buat eksen step ah. “tak mak. air ajer.” “macam baru!” dia jawab.

jadi i pun naik happy ah. meja dah bersih, lantai dah bersih (sedikit), so i pun duduk ah tepi meja tuh. sedang membetulkan pc (ah ni ada citer part lain), i nye mata macam ada perhatikan satu benda yang ganjil. i pun tolak perhatian ah kat benda tiu, sekali NAUUZUBILAH! masih ada lipas! eeek! apa ni lipas makan? halal foods brain booster ke?! itu time, i nyaris dah nak give up. macam hancur harapan nak menang peperangan dengan kerajaan lipas. lantas i denga itu baygon pun spray ah macam nak rak. pasal satu lipas satu botol nyaris2 habis. habis satu bilik bau baygon. selepas men-spray iu benda i pun ada idea. i sedar yang benda benda ini suka tinggal dalam rak punya railing. jadi i pun sprrrrrrrayyy ah tu benda. bawah meja pun i spray. tak nak bagi chan langsung. tunggu lima minit, ah ko, datuk nenek moyang diaorang pun keluar. i pun lonjak lah kegembiraan!. yey!

3. lagi satu benda yang buatkan i bingit ialah ni habuk. entah apasal diaorang ni macam boleh clone dalam sekelip mata. padahal baru mop ni, satu jam kemudian, habuk datang kembali. abih dah lah tu, buatkan i nye tapak kaki hitam ajer. apasal eh. ni rumah hantu habuk ke? eeee..seram dibuatnye.

ok i rasa sampai disinilah untuk sementara ini i kisahkan pasal rumah i. takper, pasti ada hal lain akan diceritakan pasal banyak lagi ruang yang blom dibuat.

hai rayer rayer…

Written by Sarip Dol

November 1, 2004 at 5:59 pm